2017年胜利希望的曙光

 

注:此文取自2017年7月19日 “当今大马”马来文版,是政治活动分子希山慕丁莱益斯(Hishamuddin Rais的文章,题目是“Harapan cerah kemenangan 2017”   译者:阿凡提。文章的观点不代表网站观点。

1789年7月14日,巴黎市民拿起武器,走出街道,向巴黎市郊的巴士底城堡冲击,这座古堡已被改为监狱,用来监禁敢于起来反抗国王路易十六的知识分子、政治家和农民。巴士底狱在当天就被冲破和打碎,政治犯被释放。这一天是极其重要的时刻,它不但使法国成为共和国, 而且也改变了世界。

数十年来,法国农民被狼狈为奸的的教士、教会及封建地主踩在脚下。在这期间,农民和平民奋起示威,反对封建主和教士的压迫,数以百计的农民被活活烧死,土地和农场收获被国王没收。

教士、教会及封建主朋比为奸压迫农民,攫夺农民的土地,并利用圣经和宗教裁决使之合法化。任何敢于反抗的农民,将像下地狱一样被活活烧死。

随着巴士底狱的摧毁,产生了新的思想和概念:“自由、平等、博爱”。即全人类平等、彼此之间平等、人类各民族博爱的概念。

2017年7月14日,马来西亚吉隆坡爆出一则重新结盟的消息——希望联盟成立了。这是土著团结党、公正党、行动党和诚信党的结盟。这与攻陷巴士底监狱的日期一样,2017年7月14日为马来西亚产生了新的政治路线。

1789年7月14日,法国人拿起武器,为一个新世界接生。2017年7月14日,,希望联盟为马来西亚民主化新政治接生。

构建一个称为希望联盟的团结阵线是一个艰巨的工作。就像法国人多年奋起反对封建主一样,马来西亚各民族人民也是多年来反对巫统统治集团及其同伙。

1789年,法国的封建主和教士合伙。2017年,马来西亚的统治集团也与封建阶级及宗教师合伙。

诚然,西马半岛、沙巴和砂拉越各民族人民必须理解,希望联盟是全马联合行动委员会——人民力量中心的延续、烈火莫熄运动的延续、各政党要求公正及青年学生打倒纳吉—罗斯玛政权的斗争。

六十多年来,马来亚各民族人民奋起为自由、平等、博爱而斗争。

宣布紧急状态

历史向今天的新世代宣示,全马联合行动委员会­­——人民力量中心,是由于英国殖民者于1948年宣布紧急状态而被摧毁的。1989至2005年的烈火莫熄运动则被巫统用内安法扑灭。人民在第十三届大选取得的胜利,则被马来主权党用阴谋诡计否定了。

组织起来,斗争,倒下一大片,再组织起来,又被打翻在地,又再组织起来,继续斗争不息。犹如攻破巴士底监狱,斗争是长期的,在实现新世界的希望之前,需要有牺牲。

在希望联盟正式成立之前,它的标志公布之前,奋起反对的政治氛围似乎被纳吉弄得烟消云散了。纳吉机巧和有计划地运用政治圈套和收买豢养的手段,把伊斯兰党从人民联盟拉出去。以哈迪为首的伊斯兰党,现在看起来就像摇摇晃晃的舢板,不知何去何从。

这是纳吉第二个成功之作,他的第一个成功是2009年夺取霹雳州人民联盟政府。

哈迪阿旺毛遂自荐为纳吉及马来主权集团当顾问,又是纳吉的巨大成就。哈迪的所作所为,无异于在法国大革命时期国王路易十六及皇后玛丽·安托瓦内特被斩首之前的教士和教会的所作所为。

那些宗教师向麦加圣堂朝拜,但实际上他们信仰的追求仍然是奥迪Q7等等豪华跨界休旅车。他们的宗教裁决和所念的古兰经,仅仅是蒙骗联邦土地发展村老伯老婶的咒语。

从人民联盟的经验来看,伊斯兰党主席不出席会议,而当会议做出决定后, 这个伊斯兰党进行的政治工作,竟然是反对在共识下做出的决定。

从法国大革命时代一直到现在,教士和宗教师的言论并没有改变,如果过去的宗教裁决是从教会发出,现在则是用网络推文或手机微信发出去。其荒谬仍然还是荒谬。

要建立联合阵线并不容易。这是艰巨的任务。在马来西亚的政坛,这种困难肯定是一大堆、一连串的。满途荆棘必须铲除。

伟大的成就

在马来西亚,要成立以族群为基础的政党,或以宗教及教派为基础的政党,是一个困难的政治任务。从历史来看,1990年伊斯兰教民团结阵线的实现,人民意愿的实现,人民联盟和现今的希望联盟都是伟大的成就。

在马来西亚,甚至世界的任何地方,要取得思想的一致性,并不是轻而易举的事。请看希望联盟产生之前一幕又一幕的政治画面吧。

在人民联盟消亡之后,我们看到反对纳吉的政治氛围是如何消退的。也感觉到似乎纳吉会延续到世界末日。当伊斯兰党被纳吉影响过去之后, 很多人把这种情况看作是我们都陷入岩洞而找不到出路了。

突然,2016年7月29日,《纽约时报》爆出一马发展公司案件的消息。大家突然认识了刘特佐,联邦土地发展村的阿伯阿婶也会谈论莱昂纳多·迪卡普里奥(影片的恋情),也得知罗斯玛在与纳吉结合之前,有一个名为列扎(Reza)的前夫。这一切都成为希望联盟搓面团的香料。

虽然有了香料,但是反对纳吉的气氛还不浓厚。净选盟4.0集会能号召50万人出来游行要求纳吉下台。 但是“政治气氛”尚未显示任何可能。

非政府组织和政党的活动分子开始进行讨论,但对是否接受或欢迎马哈迪自发和公开在街头示威出现的积极行动,在思想上还不一致。讽刺之声四起,一部分非政府组织和政党活动分子仍然认为马哈迪是他们的死敌。

突然,2016年3月4日,《人民宣言》出笼了,这是一份重要的文件。 这是各种路线和派别的非政府组织和政党领导人取得一致的开始。《人民宣言》竖立一个思想,一个总的目标——把纳吉从政坛上拉下来。

人民宣言收集到120万个签名,都是专心致志要打倒纳吉的马来西亚人的签名。

……

要记得,在埃及的穆巴拉克被赶下台之前,……印尼的苏哈托被逮捕和被控告之前,…… 这些国家的人民也进行了多年的斗争和付出牺牲的代价。

在巴士底狱被摧毁之前,成千上万的法国农民起来斗争和作出牺牲。在国王路易十六和玛丽皇后被斩首之前,就有许多起义。同样的,在纳吉被赶下台、被逮捕和审判之前,在希望联盟成功进入布城之前,斗争和牺牲也将继续下去。

原文:

Harapan cerah kemenangan 2017

 

Pada hari Selasa 14 Julai 1789 warga kota Paris telah mengangkat senjata, keluar ke jalan raya untuk menggempur Kota Bastille yang terletak di pinggir kota Paris. Kota lama ini telah dijadikan penjara – memenjarakan para intelektual, ahli politik dan kaum tani yang berani bangun menentang Raja Louise ke-14.

Pada hari itu Kota Bastille telah dirempuh dan dipecahkan. Tahanan politik dibebaskan. Ini adalah detik sejarah yang paling penting, bukan sahaja mengubah Perancis menjadi republik, malah 14 Julai 1789 telah mengubah dunia.

Puluhan tahun kaum tani Perancis telah diinjak-injak oleh kaum feudal yang bekerjasama dengan agamawan dan gereja. Bertahun-tahun kaum tani bangun menunjuk perasaan. Kaum tani rakyat biasa bangun menentang kaum feudal dan agamawan. Berpuluh-puluh dan beratus-ratus pak tani dibakar hidup-hidup. Tanah dan hasil panen mereka dirampas oleh raja.

Gereja dan kaum agamawan bersekongkol dan bersubahat dengan kaum feudal untuk menindas kaum tani. Ayat-ayat suci dan fatwa fatwi digunakan untuk menghalalkan rampasan tanah. Mana-mana pak tani yang berani melawan dibakar hidup-hidup sebagai contoh apa yang akan terjadi di neraka.

Dengan runtuhnya Bastille maka lahirlah konsep dan ideologi – kebebasan, kesaksamaan dan persaudaran. Keruntuhan Kota Bastille membawa konsep kebebasan untuk semua umat manusia. Bastille membawa konsep kesaksamaan antara kita sesama manusia. Bastille membawa konsep persaudaran antara kita semua – anak semua bangsa – umat manusia.

 

Di Kuala Lumpur pada Jumaat 14 Julai 2017 di Malaysia, telah meledak dengan berita wujudnya perserikatan baru – Pakatan Harapan.

Ini adalah penggabungan kerjasama parti BERSATU, PKR, DAP dan AMANAH. Sama seperti Bastille, tarikh ini juga bersejarah. Tarikh 14 Julai 2017 ini melahirkan satu garis politik baru untuk Malaysia.

Pada 14 Julai 1789 warga Perancis bangun angkat senjata untuk membidani kelahiran dunia baru. Pada 14 Julai 2017 Pakatan Harapan membidani kelahiran politik baru pendemokrasian untuk Malaysia.

Penggalangan satu barisan bersatu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan ini satu kerja yang sulit. Ia sama seperti warga Perancis bertahun-tahun bangun melawan kaum feudal. Di Malaysia, anak semua bangsa juga telah bertahun-tahun bangun melawan kaum pemerintah suku sakat dan kaum kerabat United Malays National Organisation.

Di Perancis pada tahun 1789 kaum feudal dan agamawan telah bekerjasama. Di Malaysia pada tahun 2017, kelas pemerintah telah juga berkerjsama dengan kelas feudal dan kelas agamawan.

Justeru, anak semua bangsa di Tanah Melayu dan Sabah Sarawak wajib memahami bahawa Pakatan Harapan ialah sambungan dari perjuangan PUTERA-AMCJA, sambungan perjuangan gerakan Reformasi, sambungan perjuangan parti politik menuntut keadilan dan perjuangan pelajar anak muda untuk menjatuhkan rejim Najib-Rosmah.

Selama lebih dari 60 tahun anak semua bangsa di Tanah Melayu bangun berjuang untuk kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan.

Pengisytiharan darurat

Sejarah telah menunjukkan kepada generasi hari ini bagaimana perserikatan barisan bersatu PUTERA-AMCJA ditumpaskan oleh penjajah British pada tahun 1948 dengan pengisytiharan darurat. Gerakan Reformasi 1998-2005 dimandulkan oleh United Malays National Organisation melalui ISA. Kemenangan rakyat dalam PRU13 dinafikan melalui tipu helah lembaga dan aparachik negara miliki parti ketuanan Melayu.

Menyusun, berjuang, rebah terbarai, menyusun kembali, ditumpaskan lagi, disusun kembali – tanpa henti-henti. Sama seperti meledakkan Kota Bastille, perjuangan ini berjangka panjang dan memerlukan pengorbanan sebelum tercapainya harapan untuk mewujudkan dunia baru.

Sebelum wujudnya secara resmi Pakatan Harapan, sebelum dimasyhurkan logo Pakatan Harapan, sebelum 14 Julai 2017, suasana politik bangun melawan kelihatan berjaya dimandulkan oleh Najib-Rosmah.

Secara bijak, secara terancang dengan menggunakan perangkap politik dan taburan dedak, Najib telah berjaya menarik keluar parti Islam PAS daripada barisan bersatu Pakatan Rakyat. Parti Islam PAS yang dikepali oleh Hadi kini kelihatan sampa larau – terumbang ambing tidak tahu hendak pergi atau hendak datang. Hendak ke hulu atau ke hilir. Hendak terkentut atau hendak sendawa.

Menjadikan parti Islam PAS tak tentu hala ini – kentut salah sendawa pun salah – adalah kejayaan besar Najib-Rosmah. Ini kejayaan kedua Najib-Rosmah setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009.

Kejayaan agung Najib-Rosmah apabila Hadi Awang melantik dirinya sendiri sebagai penasihat kepada Najib dan gerombolan parti ketuanan Melayu.

Perbuatan, kelakuan dan perangai Hadi ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh kaum paderi dan pemilik gereja di Perancis sebelum leher Louis ke-14 dan isterinya Marie Antoinette dipenggal dalam Revolusi Perancis.

Para agamawan walau pun berkiblat menuju ke Syurga tetapi hakikatnya akidah mereka masih lagi kepada Audi Q7, Vellfire dan Mini Cooper. Fatwa fatwi dan ayat suci itu hanya jampi serapah untuk menipu dan mengaburi mata mak cik dan pak cik Felda.

Pakatan Harapan tanpa parti Islam PAS menyenangkan lagi perjuangan anak semua bangsa untuk menjatuhkan Najib-Rosmah. Jika parti Islam PAS turut bersama Pakatan Harapan pastilah amat susah dan amat berat perjalanan politik harapan baru ini.

Dari pengalaman dalam Pakatan Rakyat, bukan sahaja presiden PAS tidak datang bermesyuarat tetapi apabila keputusan telah diambil, parti Islam ini akan melakukan kerja politik yang bertentang dengan keputusan yang telah diambil secara konsensus.

Dari zaman Revolusis Perancis hingga ke hari ini, tugas dan kerja para agamawan masih belum berubah. Kalau dahulu fatwa fatwi dikeluarkan dari dalam gereja, hari ini fatwa fatwi muncul melalui Whatsapps dan Twitter. Karutnya masih karut.

Menggalang perserikatan barisan bersatu ini bukan mudah. Satu kerja politik yang sulit. Yakinlah bahawa dalam politik Malaysia kesulitan ini bertampuk-tampuk. Bertimbun tambah. Terlalu banyak ranjau yang wajib ditumpulkan.

Pencapaian maha agung

Dengan wujudnya parti politik berasaskan bangsa dan kaum, dengan wujudnya parti politik yang berasaskan agama dan mazhab menjadikan kerja politik di Malaysia ini sulit.

Justeru mari kita melihat sejarah. Wujudnya Angkatan Perpaduan Ummah 1990, wujudnya Gagasan Rakyat 1990, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan adalah satu pencapaian yang maha agung.

Di Malaysia, malah di mana-mana pun dalam alam ini, untuk mencari kesepakatan fikrah bukan satu tugas yang enteng. Lihat sahaja babak babak politik sebelum lahirnya Pakatan Harapan.

Sesudah wafatnya Pakatan Rakyat, kita melihat bagaimana suasana politik bangun melawan Najib Rosmah mengendur. Kita melihat dan merasakan bahawa Najib-Rosmah akan kekal hingga dunia kiamat. Apabila parti Islam PAS berjaya dipengaruhi oleh Najib-Rosmah ramai yang melihat keadaan ini seperti kita semua tersangkut dalam gua tanpa jalan keluar.

Tetiba pada 20 Julai 2016 keluar berita New York Times tentang kes 1MDB. Tetiba kita semua mula mengenal Jho Low. Tetiba mak cik dan pak cik Felda telah pandai menyebut nama Leonardo DiCaprio. Tetiba kita diberitahu bahawa Rosmah pernah berlaki sebelum Najib dan anaknya dengan laki pertama bernama bernama Reza. Semua ini adalah rempah rampai yang menjadi adunan Pakatan Harapan.

Walaupun rempah rampai ini wujud, tetapi suasana politik melawan masih lagi belum kompak dan jitu. BERSIH4 berjaya memanggil 500,000 warga untuk turun ke jalan raya menuntut Najib-Rosmah berundur. Tapi ‘ambience politik’ masih belum lagi menjanjikan apa-apa kemungkinan.

Sesudah BERSIH4, suasana berubah sEdikit. Ketika warga berdemo di jalan raya dalam BERSIH4, Mahathir Muhamad yang satu ketika dahulu amat amat benci dengan politIk jalan raya tetiba turun ke jalan raya untuk menjatuhkan Najib-Rosmah.

Ini perkembangan politik baru. Mahathir Muhamad yang menentang politik jalan raya kini telah menerima hakikat bahawa jalan raya juga adalah garis politik yang tepat dan betul.

Para aktivis NGO dan politik mula berbincang. Tetapi masih tidak ada kesatuan fikrah untuk menerima dan mengalu-alukan secara spontan dan terbuka tidakan positif Mahathir turun ke jalan raya. Suara sinis kedengaran di sana sini. Mahathir masih dianggap musuh ketat untuk sebahagian para aktivis NGO dan pekerja politik.

Tetiba pada petang Jumaat 4 Mac 2016 muncul Deklarasi Rakyat. Ini satu dokumen yang amat penting. Ini adalah permulaan perseragaman NGO, pemimpin parti politik dari semua garis dan mazhab. Deklarasi Rakyat adalah penggalangan fikrah dengan hanya satu tujuan yang tuntas – menjatuhkan Najib-Rosmah daripada tampuk kuasa.

Deklarasi Rakyat berjaya mengumpul 1.2 juta tanda tangan warga Malaysia yang sehati sejiwa bersetuju dengan cita-cita dan niat untuk menjatuhkan Najib-Rosmah.

Sayangnya Deklarasi Rakyat tidak sampai ke kemuncak yang dicita-citakan , turun ke jalan raya untuk menyampaikan niat bantahan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Lekeh, sumbang, dendam

Suara lekeh dan suara sumbang dan suara dendam dan suara bebal politik pada ketika itu telah membantutkan satu gerakan ampuh untuk menjatuhkan Najib-Rosmah.

Ramai yang tidak tahu dan tidak sedar bahawa dalam salah satu mesyuarat Deklarasi Rakyat Mahathir sendiri secara terbuka telah menyatakan yang dia sendiri bersedia untuk memandu lori membawa 1.2 juta tanda tangan ini untuk disampaikan kepada Agong.

Para aktivis NGO dan parti politik walau pun ada yang merasa kecewa kerana Deklarasi Rakyat tidak sampai ke kemuncak, tapi mereka tidak berhenti untuk mencari kesepakatan fikrah.

Sayugia diingatkan bahawa sebelum presiden Mubarak diturunkan daripada takhta, sebelum Zainal Abidin lari ke Mekah, sebelum Suharto ditangkap dan didakwa dan sebelum Marcos cabut lari ke Hawaii, rakyat Mesir, Tunisia, Indonesia dan Filipina telah bertahun-tahun turun ke jalan raya berjuang dan berkorban.

Sebelum Bastille diledakkan pada 14 Julai 1789, ribuan kaum tani Perancis telah bangun berjuang dan berkorban. Sebelum leher Louis ke -14 dan Marie Antoinette dipenggal, telah banyak pembelotan berlaku.

Justeru sebelum Najib dan Rosmah dihambat keluar dan sebelum Najib dan Rosmah ditangkap dan didakwa, sebelum Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya, perjuangan dan pengorbanan akan diteruskan.


HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.