作者:阿兹∙苏丽雅妮
春天的故事
青葱翠绿的大地
打扮得像胸前项链的珠宝
众仙和来客齐聚一堂
于雪白的浪花旁悠闲自乐
在海港……
从古老的故事——葡萄牙入侵的炮舰
一直到.. .. .独立的方舟
继承前殖民者的当权联盟
我们编织残破不全的历史
在时时陷于黑暗的春天
在常年被荼毒的土地
侮辱民族诅咒宗教
制造分裂和纷争
这历史是他们的历史
而我们只是写诗
写他们的子孙和殖民者
共享香料黄姜饭
我们的子孙没有什么故事
曾经挨饿吃椰渣
厨房里没东西下锅
随后走进历史隧道
在大树下
他正陶醉于随身的武器
他也在这里读故事
关于人类、历史、辩证的循环
盲目民族主义的虚假觉醒
资本主义的大口 .. .. .. 它的齿和轮
把世界变成了工艺的管制
.. .. .. 在造物主之下,人类一律平等
他们的权益不可分离
对于那些崇拜资本的信徒们
我们都被视为叛逆者
在这暗无天日的春天
那些当权联盟的恶魔仍在飞舞
眼看那春天绽放的花蕾
凋零落地化为泥
而今
待她重新绽开之日
与三股先进者浪潮一起
在真理当权之时。
阿兹∙苏丽雅妮
2014年11月25日
Naratif musim bunga
Buminya hijau subur
rias diri bagai kalung permata di dada
berkumpul para dagang dan dewa
santai pada putih ombak
di pelabuhan….
Dari naratif purba .. flor de la mar
hinggalah .. bahtera merdeka
waris syarikat bekas penjajah
kita merajut baju sejarah yang koyak rabak
di musim bunga yang selalu gelap
sepanjang waktu tanahnya
disimbah racun
nista bangsa dan mantara agama
agar pecah sengkita….
Sejarah ini adalah “his story”
Dan kita hanya menulis puisi….
tentang anaknya yang santap briyani bersama penjajah !
Tiada cerita tentang anak kita…
yang suatu ketika pernah makan hampas kelapa
kerana di dapurnya tiada apa yang boleh dijamah !
lalu memasuki sebuah lorong sejarah
di bawah pohon ….
dia terlena bersama senjata.
Di sini juga dia membaca cerita
tentang manusia, sejarah dan kitaran dialektika,
kesedaran palsu nasionalisme buta,
rahang kapitalisme … gigi dan rodanya
yang mengubah alam menjadi teknologi kawalan
……………..manusia semua sama
di bawah Pencipta haknya tidak terpisah !
yang memuja modal menjadi berhala …
dan kami dituduh durhaka !
Di musim bunga yang gelap ini
syaitan-syaitan syarikat ini terus berdansa
melihat kuntum dan kelopak mekar musim bunganya
Menjadi pudar dan gugur ke bumi
Kini…
Menanti masa ia kembang lagi… !
bersama gelombang trishakti
bila kebenaran menjadi kuasa.
Aziz suriani 25 November 2014