25年过去了,和平协议对前马共的许诺仍未履行

in Kampung Perdamian, perdamaian – on 4:18 PTG – No comments

25 tahun berlalu, janji perdamaian kepada bekas komunis masih tidak tertunai 

dipetik dari  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article   /

 

《和平村今昔》部落格转载的《马来西亚局内人》网站刊载的,该网站记者于《合艾和平协议》签署25周年的当天,12月2日,对苏基林和平村人员进行访谈的报道。内容发人深思,就马来西亚政府和泰国政府对和平协议的态度做了鲜明的对比。谨翻译全文与大家分享。(周彤)

(《马来西亚局内人》网址: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

 

25年过去了,和平协议对前马共的许诺仍未履行——马来西亚局内人

哈斯诺尔 ∙ 侯赛因(Hasnoor Hussain)和  Looi Sue-Chen

2014年12月2日

 

 

前马共领导人阿都拉∙西∙迪在泰国陶公府苏基林和平村的家里观看电视。(《马来西亚局内人》记者哈斯诺尔 ∙ 侯赛因拍摄于2014年12月2日)

和平协议签署了,起义斗争也早已结束了,但是,25年之后,悲伤的事仍然冲击着前马共人员,他们还是感觉到为什么许诺还没有履行,而且过去的攻击仍在延续。

和平协议签署了,起义斗争也早已结束了,但是,25年之后,悲伤的事仍然冲击着前马共人员,他们还是感觉到为什么许诺还没有履行,而且过去的攻击仍在延续。Perjanjian damai ditandatangani dan pemberontakan pun sudah lama berakhir, tetapi suku abad kemudian, kesedihan terus melanda bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang masih terasa bagaimana janji tidak ditunaikan dan serangan ekoran masa lalu berterusan.

 

今天,12月2日,是《合艾和平协议》签署25周年,这是马共停止对马来西亚政府及泰国政府的对抗,结束了1948年开始的起义。

但是,虽然(马共)和马来西亚(政府)签署了和平协议,但是政府并没有尊重这一协议的诚意,这是居住在泰国南部陶公府的前马共人员对记者说的,在上述签署协议周年纪念前夕,《马来西亚局内人》记者对他们进行访谈。

前马共人员雅谷∙易卜拉欣,他的同志称呼他布叻(Bulat,53岁),他深感愤慨的是,虽然有了和平协议,实际上马共已经不是威胁的时候,却继续遭到指责。

他说“在我看来,25年前是一种考验,我们接受这有时是痛苦的现实。这多年来的(事实)表明政府是没有诚意的。”

“一直到现在,电视广播还是宣传共产党是威胁。战争已经结束了,解决了,还有什么威胁?我们已经没有武器了,武器都在烈火中销毁了。”这位矮个子的男子汉谈话时并不掩饰他的不满。

 

历史遭到歪曲

前马共人员雅谷∙易卜拉欣又名布叻,《马来西亚局内人》记者在泰国对他进行访谈时,与记者分享他打游击的经验。记者哈斯诺尔 ∙ 侯赛因摄于2014年12月2日。

布叻是吉兰丹巴西布爹人,11岁时就参加马共人民军第十支队,随后成为该支队的《人民火炬报》(Suluh Rakyat)刻蜡纸的钢板手.

他认为马来西亚政府歪曲了马共的历史,例如,十年前国阵政府禁止前领导人阿都拉∙西∙迪、拉昔∙迈丁、易卜拉欣∙仄、姗夏∙法克及马共总书记陈平等的著作的出版。

他说,(拉昔∙迈丁的)那本书,是马来西亚国民大学主动要出版的,当一切都搞妥当,稿费都付给拉昔∙迈丁了,可是当年的新闻部长,丹斯里再奴丁却向媒体表示反对,他说:“发现了有关企图恢复共产主义的言论”等等。结果是国民大学停止了出版计划,几乎一年的时间什么都不能动。最后是我们把资料从国民大学拿出来,以便我们自己寻找该书的出版途径。”现在以割胶为生的布叻那样说道。

 

我们反抗英国殖民统治

另一位前马共人员,因德拉再也∙阿都拉,他的同志称呼他阿纳斯(Anas),也谴责前总警长拿督拉欣诺否定马共争取马来亚独立的斗争。二月份,拉欣诺在《马来西亚前锋报》的一篇文章中说,马共的议程是要在马来亚建立共产国家,马共的党章没有任何关于使马来亚从英国统治下解放的内容。”

阿纳斯说: “民主革命是反对帝国主义和封建主义的斗争。它也是反对殖民统治,我们只是没有用“独立”这一术语而已。”

“民主革命具有比独立更伟大的意义。独立后究竟发生了什么?这个国家的形态呢。”阿纳斯在接受访谈时这样说道。

 

(政府)没有兑现承诺

布叻告诉《马来西亚局内人》的记者,在对待前马共人员方面,泰国比马来西亚好,例如泰国为和平村前马共人员提供住所。

布叻说,马来西亚政府在和平协议下允许前马共人员返回马来西亚,根据和平协议,政府必须遵照法律处理他们的公民权。但是,直到现在,已经25年了,他们还有一些人还没有拿到公民证件。

布叻说:“有一个名叫玛吉(Majid,男性)由于拿不到身份证而很不高兴,所以他就返回这个和平村,在本村逝世了。另一个是玛辛伯伯(Pak Cu Masin),他也拿不到身份证,被迫用别人的账户在银行存款,这造成他的钱被人拿去了。”“他们明明都是马来西亚人,但是政府却说他们没有证明文件。”

 

2014年12月2日,《马来西亚局内人》记者对阿纳斯进行访谈,地点是在他岳父,前马共领导人阿都拉∙西∙迪的家(见图)

他说:“他们连马来人都不给公民权了,何况陈平这个华人怎么还会给呢?”

陈平,原名王文华,去年于马来西亚日在曼谷一家医院逝世。1989年12月2日,马共与泰国(政府)及马来西亚(政府)签署《合艾和平协议》,陈平是马共的三个签署人之一,另两人是拉昔∙迈丁和阿都拉∙西∙迪。

 

陈平曾经多年试图申请返回马来西亚。但是,2009年4月,他的愿望毁灭了,联邦法院拒绝了他在2008年6月向上诉庭提呈的上诉,还要陈平在对政府采取法律行动之前,先拿出报生纸或公民权来作为证据。

据报道说,国民登记局找不到他的报生纸,联邦法院又裁决陈平在《我方的历史》所写的,1948年6月16日遭到英殖民政府警察突袭时,他的文件损失了的说法不能成立。

陈平则强调,他无法拿出这些文件,因为在金宝被警察突袭时,文件被警察没收了,幸好是他逃出了魔掌。

 

是什么东西吓坏了马来西亚(政府)?

布叻开玩笑说,如果需要的话,陈平在世的时候,我们有办法使陈平潜入马来西亚,把骨灰拿进去就更不用说了。

但阿纳斯不同意,他说,他们要使陈平体面地回家。他不明白政府为什么“害怕”陈平的影响。他说:“陈平已经化成骨灰了,还有什么使他们怕得要命呢?”

阿纳斯说,马来西亚政府对陈平所抱的态度,使政府看起来似乎是“被一只手指一戳就会倒台了”。“这些都是国外的人都看到的,难道把陈平的骨灰拿回来,就会对人民产生影响吗?”

他说,“为什么要对陈平作过分的喧嚣。这只纯粹是人道主义问题。”

阿都拉∙西∙迪的女婿,阿纳斯说,泰国政府对前马共人员的公民权,是以“特殊个案”处理的。“要成为泰国公民,必须懂得泰语。但是,一些好像我岳父这样七八十岁的老人,要学习新的语言谈何容易,但是泰国政府还是把公民权给了他们虽然需要一定的时间。”

他说,“泰国政府也没有歧视和平村”例如,政府根据和平协议,拨给前马共人员每户15莱(约合7.5英亩)的土地,用来耕种。

 

泰国照顾我们的福利

和平村的第三代小孩正在村里玩耍。

阿纳斯于1969年曾在中国在《马来亚革命之声》电台工作,延续该电台的是在泰国的《马来亚民主之声》电台。他在马共第十支队担任翻译员和教练。他说,和平村的居民也享受福利服务。

他说“我们这个村享有贫困村的便利,去医院治病是免费的,因为当局把穷人治病卡发给我们。”

这个和平村有147户家庭,人口约500人,已经有第三代人了。这个和平村有一间清真寺,也有小学、托儿所、诊疗所,文物馆和一所宾馆。

这个和平村还没有电话,但在几个地方有免费的无线上网的网络(WiFi)。泰国政府现在正在这个和平村建立价值五百万泰铢的苏基林公园(Taman Sukhirin)

 

不要回国了

这个和平村社会安宁,大部分人的收入来源来自农业领域。20岁左右的人都是前马共的子女。

村子对老年人的生活也还方便,例如,91岁的阿都拉∙西∙迪,和平协议签署后他就住在这个村里。他的屋子是两层楼房,日常生活起居都在这间屋子,早晨起来就在周围散步,然后读书、观看电视广播,主要是听新闻。他看起来还健康,对他这样的年龄来说,身子还很健壮。他也用手杖,但是,如果在行路时看到觉得有兴趣的东西时,他就会不用手杖。

不幸的是,他在1975年中毒而导致语言障碍。他在《边区斗争与光荣和解》的回忆录中写道,是敌人的奸细在他的饮料中放毒。

当记者对阿纳斯和布叻进行访谈时,这位老者也和我们坐在一起,他并不多言,只是偶尔对两位后辈的谈话做一点评论而已。

在霹雳州出生的阿都拉∙西∙迪说,他本来是要返回家乡定居的,但是,和平协议签署之后,却产生问题。他说“马来西亚政府突然要我们参加一个所谓适应计划(orientasi),说什么是为了帮助我们适应社会。但我们把它看成是企图对我们实行洗脑。

他说:“他们说,因为我们在森林里生活,需要一段时间使自己适应社会。我们知道这是企图改造我们。这就是我决定不回国的原因。”

阿纳斯说,我们也担心,如果他回去马来西亚,可能会在内安法下被扣留。

但是,阿都拉∙西∙迪曾在1998年回去马来西亚一趟,并在霹雳拜会苏丹阿兹兰沙。

 

马来西亚备受关注

尽管在马来西亚境外居住了数十年,这些前马共依然时常关注他出生的祖国的时局发展,包括对最近伊斯兰党国会议员哈尼帕(Mohamed Hanipa Maidin)关于陈平及马共的贡献的谈话。

布叻举例说,巫统的代表阿扎琳娜(Azalina Othman)却给哈尼帕贴上共产党支持者的标签。他说:“他们依然不把共产主义看作是意识形态,而是看作一种恶劣的坏东西。”

他说,共产主义是一种经济体系,例如资本主义也是一种体系。参加马共的马来人依旧实行伊斯兰教义,他不明白那些人为什么要把共产主义和反宗教及无神论的见解挂钩。

他讲了以下这个故事,有一位宗教教师和他的同事到苏基林和平村进行访问,“宗教教师是在午间祈祷时间抵达的,他抵达村子门口就听到召唤祈祷的呼声,一进入村子,他就去会见村长,并生气地说,这四十年来,他被欺骗了。”

宗教教师说:“我们只是从外国殖民统治下解放出来,现在我们又落到当地统治当局的手中。” 他说: “从压迫方面到公平正义等等问题,没有明显的改变。思想也没有自由,依然束缚在殖民者遗留下来的煽动法令的桎梏中。”

布叻说,我国不能成为民族国家,因为国民还是各有各的族群。

阿纳斯表示同意,他说“你经常叫华人回去中国吧,你怎么能达到民族国家。”

布叻说,马来西亚人民的思想更加成熟了,在宗教和种族事件上,例如对基督教会/天主教会的进攻,丢牛头事件,向清真寺丢猪头事件等,民众仍然保持稳定。

不过,阿纳斯说,马来西亚还有很长的路要走。“现在,我们认为政府和巫统里的马来人几乎是越来越保守了,有迹象显示是向后倒退了。所以澳洲议员说的对,他说印度尼西亚向前走一步,马来西亚向后退一步,实际距离是相差三步。” 阿纳斯谈话时指着《悉尼早报》发表的,赫拉尔德(Herald)批评马来西亚的独裁主义日益猖獗的一篇文章。

2014年12月2日

25 TAHUN BERLALU JANJIPERDAMAIAN KEPADA BEKAS KOMUNIS MASIH TIDAK TERTUNA

Home » Kampung Perdamian » perdamaian » 25 TAHUN BERLALU JANJIPERDAMAIAN KEPADA BEKAS KOMUNIS MASIH TIDAK TERTUNAI – THE MALAYSIAN INSIDER

25 TAHUN BERLALU JANJIPERDAMAIAN KEPADA BEKAS KOMUNIS MASIH TIDAK TERTUNAI – THE MALAYSIAN INSIDER

in Kampung Perdamian, perdamaian – on 4:18 PTG – No comments

25 tahun berlalu, janji perdamaian kepada bekas komunis masih tidak tertunai 
Oleh Hasnoor Hussain dan Looi Sue-Chern
Published: 2 December 2014

dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article  /25-tahun-berlalu-janji-perdamaian-bekas-komunis-masih-tidak-tertunai#sthash.twxIx1Uw.dpuf

 

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Abdullah Che Dat menonton televisyen di rumahnya di Ban Chulabhorn Pattana 12 di Sukhirin, Narathiwat, Thailand. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Disember, 2014.Perjanjian damai ditandatangani dan pemberontakan pun sudah lama berakhir, tetapi suku abad kemudian, kesedihan terus melanda bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang masih terasa bagaimana janji tidak ditunaikan dan serangan ekoran masa lalu berterusan.

 

Perjanjian damai ditandatangani dan pemberontakan pun sudah lama berakhir, tetapi suku abad kemudian, kesedihan terus melanda bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang masih terasa bagaimana janji tidak ditunaikan dan serangan ekoran masa lalu berterusan.

 

Hari ini, 2 Disember, adalah ulang tahun ke-25 Perjanjian Damai Hatyai, apabila PKM meletakkan senjata daripada menentang kerajaan Malaysia dan Thailand dan berakhirnya pemberontakan yang bermula sejak 1948.

 

Tetapi walaupun menandatangani perjanjian damai dengan Malaysia, kerajaan tidak ikhlas dalam menghormati perjanjian itu, dakwa bekas anggota PKM yang tinggal di wilayah Narathiwat di selatan Thailand kepada The Malaysian Insider ketika mengunjungi mereka menjelang ulang tahun majlis menandatangani perjanjian tersebut.

 

Bekas anggota PKM Yaacob Ibrahim, 53, yang lebih dikenali sebagai Bulat di kalangan rakannya, marah apabila PKM terus dikecam walaupun terdapatnya perjanjian damai dan hakikat parti itu bukan lagi ancaman.

 

“Pada pandangan saya, 25 tahun yang lalu menjadi ujian dan kami perlu menerima realiti itu, yang kadang-kadang pahit. Tahun-tahun itu menunjukkan kerajaan tidak ikhlas.

 

“Sehingga kini, terdapat propoganda di televisyen yang menyatakan komunis adalah ancaman. Apabila perang berakhir, ia selesai. Apa ancaman? Kami tidak mempunyai senjata api. Mereka semua musnah dalam kebakaran,” kata lelaki bertubuh kecil, yang tidak menyembunyikan rasa tidak senang itu apabila bercakap.

 

Sejarah dipesongkan

 

 

Bekas anggota PKM Yaacob Ibrahim atau Bulat berkongsi pengalaman gerila ketika ditemubual The Malaysian Insider di Thailand. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Disember, 2014.

Bulat berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Pada usia 11 tahun, beliau menyertai Rejimen ke-10 PKM yang dikenali sebagai Tentera Rakyat Malaya. Beliau kemudiannya bertugas sebagai artis grafik dan reka letak untuk akhbar rejimen ini, Suluh Rakyat.

 

Dia merasakan kerajaan Malaysia “memesongkan” sejarah tentang PKM, memetik bagaimana pentadbiran Barisan Nasional (BN) menghalang penerbitan buku sejarah tentang parti dan bekas pemimpinnya seperti Abdullah Che Dat (Abdullah CD), Rashid Maidin, Ibrahim Chik, Shamsiah Fakeh dan Setiausaha Agung PKM Chin Peng, lebih 10 tahun lalu.

 

Beliau berkata buku itu adalah inisiatif Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan selepas semua kerja siap, termasuk royalti dibayar kepada Rashid, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin kemudian menyuarakan bantahan dalam media.

 

“Terdapat cakap-cakap mengenai percubaan memulihkan komunisme dan sebagainya. UKM tidak meneruskan projek penerbitan itu. Semua tidak boleh bergerak selama hampir setahun. Akhirnya, bahan itu diambil dari UKM supaya kita boleh mencari jalan sendiri untuk menerbitkan buku itu,” kata Bulat, yang kini bekerja sebagai penoreh getah.

 

Kami menentang penjajahan British

 

Seorang lagi bekas anggota PKM, Indrajaya Abdullah, 57, yang dikenali sebagai Anas di kalangan rakannya, juga membidas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor, yang sebelum ini mempertikaikan perjuangan parti komunis menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

 

Rahim dilaporkan berkata dalam satu artikel Utusan Malaysia pada Februari lalu agenda PKM adalah untuk membentuk sebuah negara komunis di Tanah Melayu dan tidak terdapat apa-apa dalam perlembagaan parti itu mengenai pembebasan Tanah Melayu daripada British.

 

“Satu revolusi demokratik adalah perjuangan menentang imperialisme dan feudalisme. Ia adalah menentang penjajahan. Kami hanya tidak menggunakan istilah ‘kemerdekaan’.

 

“Satu revolusi demokratik mempunyai erti yang lebih besar daripada kemerdekaan. Apakah yang berlaku selepas itu? Bentuk negara ini,” katanya ketika ditemui di Chulabhorn Pattana 12, sebuah kampung di Sukhirin, wilayah Narathiwat di Selatan Thailand.

 

Kampung, di mana penduduk asalnya ialah bekas anggota Rejimen ke-10 PKM, hanya 3 km dari sempadan Thai-Malaysia berhampiran Kelantan. Kampung ini pada mulanya dikenali sebagai ‘Ban Rattana Kitti 4 (Kampung Damai 4), sehingga ia diletakkan di bawah tadbir urus Institut Penyelidikan Chulabhorn.

 

Janji yang tidak tertunai

 

Bulat memberitahu The Malaysian Insider kerajaan Thailand melayan bekas ahli PKM lebih baik daripada Malaysia. Kampung Damai, misalnya, diberikan kerajaan Thailand untuk didiami bekas anggota PKM.

 

Di bawah perjanjian damai, kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota PKM yang lahir di Malaysia hak untuk kembali. Kerajaan diwajibkan di bawah parjanjian itu untuk memproses kewarganegaraan mereka mengikut undang-undang.

 

Tetapi Bulat berkata sebahagian daripada mereka tidak pernah menerima dokumen pengenalan diri walaupun selepas 25 tahun.

 

“Ada seorang lelaki bernama Majid. Beliau tidak gembira kerana tidak pernah mendapat IC (kad pengenalan), lalu dia datang semula ke sini dan meninggal dunia di kampung ini.

 

“Pak Chu Mahsin, seorang pengikut Mat Indera, juga tidak mendapatnya. Dia terpaksa menggunakan akaun bank orang lain untuk menyimpan wang. Itu menyebabkan dia ditipu.

 

“Ia begitu jelas mereka semua adalah rakyat Malaysia tetapi kerajaan dakwa mereka tidak mempunyai dokumen (untuk membuktikannya),” kata Bulat.

Bekas anggota PKM Indrajaya Abdullah atau Anas ditemubual di rumah bapa mertuanya, bekas pemimpin PKR Abdullah CD di Thailand. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Disember, 2014.

 

Anas berkata, keadaan yang serupa dialami Chin Peng, setiausaha agung PKM, yang tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia.

 

“Mereka meninggalkan Malaysia waktu darurat masuk hutan, waktu itu zaman penjajah. Macam Chin Peng, adik beradik dia, bapa dia semua ada warganegara. Dia seorang yang tidak jelas. Boleh mahkamah menafikan pula.

 

“Mereka tidak akan beri Melayu kewarganegaraan, jadi apatah lagi Chin Peng, seorang Cina?” katanya.

 

Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, meninggal dunia pada Hari Malaysia tahun lepas di sebuah hospital di Bangkok. Beliau adalah salah seorang daripada tiga pemimpin PKM yang menandatangani perjanjian damai Hatyai dengan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember, 1989 di Hat Yai. Dua lagi ialah Rashid dan Abdullah CD.

 

Chin Peng cuba selama bertahun-tahun memohon untuk kembali ke Malaysia. Pada April 2009, harapannya hancur apabila Mahkamah Persekutuan menolak usul bagi membenarkan beliau merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Jun 2008, dan Chin Peng mesti mengeluarkan sijil kelahiran atau kewarganegaraan sebagai bukti sebelum boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

 

Dilaporkan Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat mencari mana-mana rekod kelahirannya. Mahkamah Persekutuan juga memutuskan memoir Chin Peng “Alias Chin Peng: My Side of History” di mana beliau menulis bagaimana dokumen itu musnah dalam satu serbuan British pada 16 Jun 1948, tidak dapat diterima sebagai kebenaran.

 

Chin Peng menegaskan, dia tidak boleh mengemukakan dokumen kerana ia dirampas polis dalam satu serbuan di Kampar, di mana dia berjaya melarikan diri.

 

Apakah yang menakutkan Malaysia?

 

Bulat bergurau mereka boleh menyeludup Chin Peng ke Malaysia semasa dia masih hidup, jika mereka mahu. Apatah lagi abu mendiang.

 

Tetapi Anas tidak bersetuju, mengatakan mereka mahu Chin Peng pulang ke rumah dengan hormat dan tidak faham mengapa kerajaan “takut” dengan pengaruhnya.

 

“Chin Peng bertukar menjadi abu. Apa yang mereka takut sangat?” katanya.

 

Anas berkata pendirian Malaysia terhadap Chin Peng membuatkan kerajaan kelihatan seolah-olah boleh “terbalik hanya dengan menekan satu jari”.

 

“Itulah apa yang dilihat orang luar negara. Adakah membawa kembali abu Chin Peng akan memberi kesan kepada rakyat?

 

“Mengapa kekecohan berlebihan tentang Chin Peng. Ia hanya soal kemanusiaan,” katanya.

 

Anas yang juga menantu kepada Abdullah CD berkata di Thailand, kerajaan memberikan bekas komunis itu kerakyatan “kes istimewa”.

 

“Untuk menjadi seorang warganegara Thai, anda perlu tahu bahasa. Tetapi bagaimana warga emas seperti bapa mertua saya, yang masih sihat dalam tahun 70-an dan 80-an, mempelajari bahasa baru? Tetapi kerajaan Thai memberikan kerakyatan kepada mereka, walaupun ia mengambil sedikit masa.

 

“Kerajaan Thailand juga tidak mendiskriminasi kampung kami,” katanya, memetik bagaimana kerajaan memberikan tanah kepada bekas anggota PKM, dengan setiap keluarga mendapat sebuah rumah bersama dengan 15 ‘rai’ (kira-kira 7.5 ekar) tanah untuk digunakan bagi aktiviti pertanian seperti yang dijanjikan, selepas perjanjian damai ditandatangani.

 

Thailand menjaga kebajikan kami

Kanak-kanak generasi ketiga di Ban Chulabhorn Pattana 12, Thailand bermain di kawasan kampung. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Disember, 2014.

 

Anas, yang pernah bekerja untuk stesen radio Suara Revolusi Malaya pada 1969 di China, dan kemudian stesen radio Suara Demokrasi Malaya di Thailand sebelum berkhidmat sebagai penterjemah dan jurulatih di Rejimen ke-10 parti itu, berkata penduduk kampung menikmati faedah kebajikan.

 

“Kami juga mendapat kemudahan sebagai sebuah perkampungan miskin. Rawatan perubatan di hospital tempatan juga percuma kerana kita memegang kad yang dikeluarkan kepada orang miskin,” katanya.

 

Kampung itu mempunyai 147 buah rumah dengan jumlah kira-kira 500 penduduk, sehingga generasi ketiga keluarga bekas komunis. Kampung ini juga mempunyai sebuah masjid, sekolah rendah, tadika, nurseri, klinik kesihatan, muzium kecil dan rumah tetamu.

 

Ia tidak mempunyai liputan telefon tetapi di beberapa tempat di kampung itu, ada WiFi percuma. Kerajaan Thailand kini membina Taman Sukhirin yang berharga 5 juta baht (RM522,607) untuk kampung itu.

 

Tidak mahu pulang lagi

 

Kehidupan di kampung ini aman. Masyarakat, yang sebahagian besarnya menjadikan sektor pertanian sebagai sumber pendapatan mereka, mempunyai hubungan yang rapat. Ramai penduduk kampung yang berusia 20-an, adalah anak bekas anggota parti komunis.

 

Kehidupan harian mudah untuk warga emas seperti Abdullah CD, 91, yang menetap di kampung itu sejak ia ditubuhkan selepas perjanjian damai. Rutin hariannya termasuk berjalan di sekitar rumah batu 2 tingkat, selepas bangun dari tidur, membaca dan menonton televisyen, terutama berita.

 

Abdullah kelihatan sihat dan juga mempunyai fizikal yang kuat untuk usianya. Dia menggunakan tongkat tetapi akan mengetepikannya jika dia berjalan sambil membaca sesuatu yang menarik minatnya.

 

Malangnya, Abdullah mengalami kesukaran bercakap setelah diracun pada September 1975. Beliau menulis dalam memoir beliau “Perjuangan di Sempadan dan penamatan Terhormat”, ejen perisikan meletak racun ke dalam minumannya.

 

Warga emas itu banyak diam ketika duduk dengan Anas dan Bulat semasa diwawancara. Beliau bercakap hanya sekali sekala untuk menambah komen kepada apa yang kedua-dua lelaki muda itu katakan.

 

Abdullah, yang dilahirkan di Perak, berkata beliau mahu pulang ke rumahnya secara kekal tetapi ada isu selepas perjanjian damai ditandatangani.

 

“Kerajaan Malaysia tiba-tiba mahu kami menyertai satu orientasi kononnya untuk membantu kami menyesuaikan diri. Kami melihat ia sebagai satu cubaan brainwash kami.

 

“Mereka kata kerana kita hidup di dalam hutan, kami tidak dapat menyesuaikan diri hidup dalam masyarakat, jadi kita memerlukan masa. Kami faham ia sebagai satu percubaan mengubah kami. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk tidak kembali,” katanya.

 

Anas berkata mereka juga bimbang Abdullah CD mungkin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri jika dia kembali ke Malaysia.

 

Tetapi Abdullah pernah pulang ke Malaysia sekali, pada 1998, dan mengadap almarhum Sultan Azlan Shah di Kuala Lumpur.

 

Malaysia diperhatikan

 

Walaupun tinggal di luar Malaysia selama beberapa dekad, bekas komunis ini sentiasa mengikuti perkembangan dan hal ehwal di negara kelahiran mereka, termasuk episod baru-baru ini di Parlimen apabila ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin bercakap mengenai Chin Peng dan sumbangan pemimpin PKM lain.

 

Bulat memberi contoh bagaimana wakil Umno, Datuk Seri Azalina Othman melabelkan Hanipa sebagai penyokong komunis.

 

“Mereka masih tidak melihat komunisme sebagai ideologi. Mereka melihatnya sebagai sesuatu yang buruk dan jahat,” katanya.

 

Bulat berkata komunisme adalah satu sistem ekonomi, seperti kapitalisme, dan dia tidak faham mengapa komunisme dikaitkan dengan sentimen anti-agama dan ateisme kerana orang Melayu yang menyertai PKM masih mengamalkan Islam.

 

Beliau menceritakan bagaimana seorang ustaz pernah melawat kampung Chulabhorn dengan rakannya.

 

“Ustaz itu tiba pada waktu zohor. Dia mendengar azan apabila sampai ke pintu masuk kampung.

 

“Dia datang ke kampung ini, pergi berjumpa dengan ketua kampung dan marah. Beliau berkata selama lebih 40 tahun, dia ditipu.

 

“Kami hanya bebas daripada penjajahan kuasa asing. Sekarang kita beralih kepada pihak berkuasa tempatan.

 

“Daripada segi penindasan, isu keadilan dan lain-lain, tidak ada perubahan yang ketara. Minda juga tidak bebas, masih terikat kepada apa yang penjajah tinggalkan seperti Akta Hasutan,” katanya.

 

Bulat berkata negara tidak boleh menjadi negara bangsa kerana penduduknya masih dikenali melalui kaum masing-masing.

 

Anas juga setuju dan berkata:”Bagaimana anda mahu mencapai negara bangsa apabila anda sentiasa memberitahu orang Cina untuk kembali ke China.”

 

Bulat berkata rakyat Malaysia menjadi lebih matang dalam pemikiran seperti yang ditunjukkan menerusi cara orang ramai kekal tenang dengan insiden agama dan kaum, seperti serangan ke atas gereja dan kepala lembu dan kepala babi dibuang ditempat ibadat.

 

Bagaimanapun Anas berkata perjalanan Malaysia masih jauh lagi.

 

“Sekarang kita anggap orang Melayu, golongan dalam kerajaan atau Umno hampir semakin konservertif. Ada tanda seakan-akan mengundur ke belakang. Jadi tepatlah ahli Parlimen Australia mengatakan Indonesia setapak ke hadapan, Malaysia dua tapak ke belakang. Jadi tiga tapak bezanya,” katanya merujuk kepada satu artikel disiarkan Sydney Morning Herald mengkritik Malaysia kerana autoritarian semakin berkembang. – 2 Disember, 2014.

 

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/25-tahun-berlalu-janji-perdamaian-bekas-komunis-masih-tidak-tertunai#sthash.twxIx1Uw.dpuf