万吉:权力塑造的宗教?

《东方网》发布于 2019年07月21日 06时00分 •  大同世界 • 评论: 万吉

在第14届大选前,希盟承诺废除1948年煽动法令。然而,变天后这过程拖延了一段时间,只要这法令一日没废除,其将继续被使用。

在等待废除有关法令同时,一些在此法令下被判监者改判为罚款。但我的案件却有不同遭遇,不仅保持监禁判决,还把9个月监禁刑罚增加至一年。(编按:万吉因发表被指侮辱雪州苏丹沙拉夫丁的言论而在煽动法令下被控)。所以,7月9日,我被带到加影监狱。许多朋友感到伤心,不少更提供援助和声援,这包括了金钱的援助。这让我无限地感谢。

而友人也展开了各项努力,要求法庭暂援执行刑罚。在短短两天内,完成了法庭程序。因此,7月12日,高庭允许暂缓执行刑罚,我就此获释,但并非完全自由。

在监狱里,我经历各种各样的事。从被一名狱卒打,到喝铁笼里的自来水。这都是我生命中宝贵的经历。在这次经历中,其中一项令人难忘的是发生在入狱第二天早晨的事件。狱卒问我,会否在黎明时(早上5点45分)洗澡。我说,我通常习惯在早上9点左右洗澡。

他很认真地说,先知穆罕默德是黎明时洗澡的。作为一个受过伊斯兰教育的人,我当然知道这是错误的言论。我纠正他,我以为他会接受。显然没有。他多次重复,先知是在黎明时洗澡。我也强调,这样的论述是不对的,没有任何宗教经典能证明其论述的真实性。

虽然他对伊斯兰的理解很浅,但他仍然坚持。他的声音似乎在吼叫,我开始沉默。我不想和那些不以事实基础来论事的人争吵。

不仅那天早上,在下午时,另一名狱警招我过去。我按要求通报了我的姓名、身份证号码、囚犯号码和所犯罪行后,他询问我的工作。

权力让人沉默

我表示,我如今在一家非政府组织工作──大同工作室,这是一个试图在马来西亚种族与宗教课题上,通过对话及交流,以建立民间和谐关系为目的之组织。

他接著问我,以前的工作是什么。我说,大约两年前,我是在槟州政府担任时任首席部长,如今为财政部长林冠英的新闻官。他进一步问,为什么我放弃州政府的工作,而到非政府组织。我解释,我更高兴作为一名研究人员,更喜欢参与不同种族、宗教的对话和交流。

听到我的回答后,他开始发言。我唯有听他演讲。但是,在其演讲中,他提到一个说法,是不正确的,当他说《可兰经》指出,有知识的人不应与政府共事。

实际上,其说法是不正确的。《可兰经》里没有一段经文是如此说的。因此,我纠正他。但是,他似乎为自己的主张辩护。当我要他提出论据时,即那段经文如此说明时,他继续说,我作为一个有宗教教育背景的人,这是我应该知道的事情。我告诉他,他所说的并不确实。他开始提高声量。既然他手握权力,我就只好沉默。

有时我想真理难以传播,因为当权者决定了其诠释意义。即使拥有良好的参照和论述也不会被视为真理,因为某方有权力阻止与他们有不同的诠释。

就我以上的案例而言,这不是宗教诠释的问题,而是宗教事实的问题。但在权力下,即使明显错误的事实,他们依然捍卫,更不用说涉及宗教的诠释。

这样的事件也发生在人类历史上,甚至在穆斯林社会中,也是如此。在大约1000年前,一位名叫阿末汉巴尔(Imam Ahmadbin Hanbal)的伊斯兰学者,就曾因对宗教有不同的诠释而被监禁。

当权者定义“真理”

事实上,在阿拔斯王朝的苏丹阿瓦锡(al-Watsiq)统治期间,一名伊斯兰学者阿末纳斯尔(Ahmad bin Nasr al-Khuzaie)就因批评政府的宗教学者所做出的诠释,而遭到后者煽动苏丹把其处死。

总结而言,宗教不是立足于权力,而是站在论据和事实上。由权力支撑的宗教是虚伪的。这是因为真理是基于论证和事实,而权力含有强制的要素。

理解《可兰经》教义,有许多经文敦促人们关注论据和事实。这是非常重要的,因为伊斯兰希望人们因宗教而变得善良。更重要的是,许多不好的行为不是因为宗教,而是因为基于错误的宗教事实和诠释。

《权力塑造的宗教?》(Agama yang dibentuk kuasa? )原文:

Sebelum PRU14, Pakatan Harapan berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Namun, proses ini berlanjutan untuk tempoh yang panjang, malah akta ini tetap digunakan selagi ia tidak dimansuhkan.

Sementara menunggu pemansuhannya, terdapat tertuduh yang disabitkan hukuman penjara di bawah akta tersebut, ditukar hukumannya kepada denda sahaja. Namun kes saya berbeza, bukan sahaja dikekalkan hukuman penjara, bahkan penjara selama 9 bulan ditambah sehingga mencecah setahun.

Makanya, pada 9 Julai, saya dibawa ke Penjara Kajang. Ramai rakan bersedih, tidak kurang juga membantu dan bersolidariti. Bantuan berbentuk kewangan bagi memudahkan urusan saya juga tidak sedikit. Apapun, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Walau bagaimanapun, pelbagai usaha dilakukan oleh rakan-rakan agar saya ditangguhkan hukuman. Dalam jangka dua hari sahaja, urusan mahkamah selesai. Makanya, pada 12 Julai, Mahkamah Tinggi bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap saya. Makanya, saya dilepaskan tetapi bukan bebas sepenuhnya.

Penerimaan yang dipaksakan

Ketika berada dalam penjara, pelbagai pengalaman yang saya lalui. Dari peristiwa dipukul oleh seorang warden, hinggalah minum air paip dalam jeriji besi tersebut. Semua itu adalah pengalaman berharga dalam hidup saya.

Dalam pengalaman tersebut, antara perkara yang sukar saya lupakan adalah kejadian pagi pada hari kedua saya dalam penjara. Warden penjara bertanya kepada saya, apakah saya mandi pada waktu subuh (dalam lingkungan pukul 5.45 pagi). Saya nyatakan, kebiasaan saya mandi waktu pagi sewaktu mahu pergi kerja – dalam lingkungan pukul 9 pagi.

Tidak semena-mena, dia menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw mandi pada waktu subuh. Sebagai orang yang mempunyai pendidikan agama, sudah pasti saya tahu bahawa dakwaan warden tersebut adalah salah. Saya menegur dia.

Saya jangka, dia akan menerima teguran. Rupa-rupanya tidak. Dia mengulangi berkali-kali bahawa Nabi mandi waktu subuh. Saya juga mengulangi bahawa dakwaan itu tidak benar. Tiada sumber agama langsung untuk membuktikan kesahihannya.

Walaupun pemahaman agama Islamnya agak dangkal, dia tetap mendesak. Suaranya seakan-akan menengking, saya mula mendiamkan diri. Saya tidak mahu bertengkar dengan orang yang bercakap bukan atas fakta.

Bukan sekadar pada pagi itu, pada waktu petangnya pula, seorang polis penjara memanggil saya. Setelah saya menberitahu nama, nombor kad pengenalan, nombor banduan dan akta kesalahan yang saya hadapi seperti yang diminta, dia bertanya berkenaan kerja saya.

Saya nyatakan bahawa saya kini bekerja dengan NGO – Penyelidikan Sosio-Budaya SAUDARA yang berusaha mengadakan dialog dan penjelasan berkenaan isu kaum dan agama di Malaysia dengan tujuan mewujudkan hubungan harmoni sesama warganegara.

Dia bertanya pula, apa pekerjaan saya sebelum ini. Saya menjelaskan bahawa dalam hampir dua tahun lepas, saya bekerja dengan kerajaan Pulau Pinang – sebagai pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kini adalah Menteri Kewangan. Dia bertanya lagi, mengapa saya berhenti dari bekerja dengan kerajaan, dan bekerja dengan NGO. Saya menjelaskan bahawa saya lebih gembira bekerja sebagai penyelidik, dan lebih seronok terlibat dalam wacana dan dialog antara kaum dan warganegara yang berbeza agama.

Mendengar jawapan saya itu, dia mula bersyarah. Saya hanya mendengar syarahan dia. Tetapi, dalam syarahan tersebut, dia menyebut satu fakta yang tidak benar, iaitu apabila dia berkata bahawa al-Quran menyatakan bahawa orang berilmu tidak boleh berdampingan dengan pemerintah.

Sebenarnya, apa yang disebutkan itu tidak benar sama sekali. Tidak terdapat satu ayat al-Quran pun yang menyatakan sebegitu. Makanya, saya menegur dia. Namun begitu, kelihatan dia mempertahankan dakwaannya. Apabila saya mendesak agar didatangkan bukti – ayat berapa dan surah apa? Dia terus berkata bahawa saya sebagai orang yang mempunyai pendidikan agama, perkara sebegitu semestinya saya tahu.

Saya memberitahu kepadanya, bahawa apa yang disebutkannya itu sebenarnya tidak ada. Dia mula mengangkat suara. Memandangkan dia mempunyai kuasa, maka saya mendiamkan diri.

Kuasa vs Kebenaran

Kadangkala saya berfikir bahawa kebenaran sukar tersebar hanya kerana penentuan sesuatu penafsiran itu datang dari orang yang berkuasa. Mempunyai bacaan dan penghujahan yang baik tidak akan ditampilkan sebagai kebenaran, kerana ada pihak yang mempunyai kuasa menghalang penafsiran yang berbeza dengan mereka.

Dalam kes saya di atas, ia bukan isu penafsiran agama, tetapi isu fakta agama. Hanya dengan kuasa, perkara yang melibatkan fakta yang terang-terang salah pun, mereka boleh pertahankan, bayangkan dalam perkara yang melibatkan kepada penafsiran agama.

Realiti ini turut berlaku dalam sejarah manusia, malah dalam kalangan umat Islam. Dalam lebih kurang 1000 tahun yang lalu, seorang ulama Islam bernama Imam Ahmad bin Hanbal pernah dipenjarakan hanya kerana berbeza penafsiran agama. Bahkan, pada era pemerintahan seorang sultan Islam bernama al-Watsiq, seorang ulama Islam bernama Ahmad bin Nasr al-Khuzaie pernah dijatuhkan hukuman bunuh, hanya kerana mengkritik penafsiran agama ulama-ulama pemerintah – mereka menghasut sultan agar membunuh Ahmad bin Nasr al-Kuzaie.

Penutup

Agama tidak berdiri atas kuasa, tetapi berdiri atas hujah dan fakta. Agama dengan kuasa adalah kemunafikan. Ini kerana, kebenaran hakiki berdiri atas hujah dan fakta, sedangkan kuasa ada unsur penerimaan secara pemaksaan.
Diteropong kepada ajaran al-Quran, terdapat banyak ayat yang mendesak manusia agar mengangkat soal fakta dan hujah. Perkara ini diangkat begitu penting, kerana Islam mahu manusia menjadi baik kerana agama. Apatah lagi, banyak kerosakan yang berlaku bukan kerana agama, tetapi kerana fakta dan penafsiran yang salah yang disandarkan kepada agama. (tamat)

万吉80后,毕业于埃及Al-Azhar大学,在马来西亚吉兰丹大学完成硕士论文,现在是博士学位候选人。著作有《Aku bukan kafir》、《Kesederhanaan Nik Abdul Aziz》等。曾出任槟城首长资讯官,目前为大同工作室学术主任。