阿兹∙苏丽雅妮:纪念《合艾和平协议》签署25周年

纪念《合艾和平协议》签署25周年

阿兹∙苏丽雅妮

首先,我要感谢21世纪联谊会给予我这个会外人士和大家共享你们在那漫长岁月所经历的甜酸苦辣。对我来说,我没有为了寻求权势而参加任何政党,如果我有参与政治的话,也是为了人文问题。

 

  1. 人文这个词来源于词根“人”。“人”从本质上说,它没有其他的含义,只有“人类”。尽管人类学家认为“人”具有伟大的意义,即“历史”。人类因为表现性和集体性的生活而创造历史,并在一个时期到另一个时期的辩证循环中发展。人类历史就是在这过程中创造的。
  2. 实际上,并没有“为战争而战争”这回事,同样的也没有纯粹是为和平的战争。一系列的抗日战争、抗英战争和国内战争,都是为了反抗压迫者的强权,以便使马来亚、现在马来西亚的全体人民享受更加公平合理的生活。它并不是为了单纯的和平或只是为了实现自我满足。
  3. 在我看来,同志们为反抗西方帝国主义和日本法西斯而进行的战争,是符合古兰经的要求的。古兰经第四章妇女章说道:

 

“你们怎么不为(保护)主道和(解救)老弱妇孺而抗战呢?他们常说:“我们的主啊!求你从这个虐民所居的城市把我们救出去。求你从你那里为我们委任一个保护者,求你从你那里为我们委任一援助者。”

 

  1. 全部的农民战争系列,诸如巴哈曼战争、马哈拉惹勒拉战争、督章谷战争、那宁战争和阿都拉曼林梦战争,等等,都是我们的历史系列,尽管继承殖民者衣钵的霸权不喜欢这些战争。同样的,抗日战争、抗英战争,还有1955年华玲会谈失败后英马政权强加在全体马共同志身上的国内战争。以及普吉和谈及合艾和平协议等,都是我们民族和国家的历史。

 

  1. 所有这些都是历史。尽管它被霸权当局在 “它的历史”中进行操纵,玩弄丑剧来描绘一个所谓的社会政治景观,以实行愚民政策。这种虚无主义的态度,来自当权者树立的整治示范,以抹去或否定历史事实,以致最后霸权当局编造一个不以人民为依归的社会契约,用来作为控制的工具,以阻挡社会进化为一个成熟的、文明的民族。

 

  1. 在这虚无主义下,人民继续被精英集团掌控的陈旧的等级制度所俘虏。现在旧的封建阶级已发展到新封建霸权阶级,他们在资本主义的卵翼下生存和呼吸。在现今的政权下,资本主义一贯吞噬和碾压在一个经济构架里的普罗大众。

 

  1. 在长达57年的漫长岁月里,历史课本、历史老师已经不向我们的孩子讲真话了。也不教导他们对所有的有关事实提出疑问。他们也废弃文学课程,使之成为我们历史的坟场,封杀人民的思想,取消哲学科目。今天,我们正在不断地看到,大学的学术自由也遭到践踏。结果是我国的公立大学培养出来的只是单一文化、单一技能的人。一切都被玩弄知识的政治所奴化,扼杀创造性的想象力(例如对付漫画家祖纳的做法)。在学校扼杀学生的批判思维,在大学封禁批评的声音,铁定什么问题可以问,什么问题可以答。大学已经成为产生遵守时髦思想的驯服工人的有效的生产车间了。

 

  1. 同志们从1948年至1957年的抗英战争为我国带来独立,这是历史上不可否认的伟大革命。东姑阿都拉曼也承认了这一事实,他说我们的独立是从华玲开始。尽管这是不是真正的独立还是一个问题。从这里,英国制定了一个英马政策,在帝国权利霸权利益配套下让马来亚独立。他们自己坐上胜利者的宝座,而我们则只能写诗聊以慰藉被压抑的心灵。

 

  1. 此外,我们也看到1955年组成的(马华印)联盟实行种族隔离的失败,它偏执地把种族作为筹码,把我国一代又一代人的前途作为赌注。公立学校所灌输的主要就是拒绝多元文化。到此为止,我们可以预测马来西亚学校和新一代的前途了,发展的趋向是追随种族主义咒骂。今天,我们看到,华文学校的影响,适合全球化需要的浪潮更占优势。而公立学校则正在朝向对种族主义和狭隘宗教观点的半灌输式教育,并成为霸权的(政治)工具。Yang penting kita tahu ialah anak-anak kita harus memiliki versi baru sejarah Malaysia yang lebih adil

 

  1. 我们必须讨论,我们的历史版本是否要重写。重要的是,我们知道,我们的孩子必须拥有更为公正和真实的马来西亚历史新版本。我们必须继续写,并对历史事件的记录进行科学的研究,这是响应1989年《合艾和平协议》记载的一个建议,就是让历史问题作为历史研究者和历史作家的责任。任何人都有研究其国家历史的权利,尽管也有御用历史学家发出反对的怪声怪气。

 

  1. 我也借此机会,向所有健在和已故的作家表示赞赏,创作文学作品的作家,首先是五十年代作家行列的奥斯曼阿旺,现在最响亮的国家文学家沙末赛,从抗日时期其就多次身陷囹圄的沙末伊斯迈,在冷藏行动下身陷囹圄17年的赛扎哈里,在内安法下被扣留的胡先阿里,以及其他等等,还有印尼的“新文学家”和“叻克拉”(Lekra把激进的独立精神带给马来人的仁德拉∙普凃、普拉姆迪亚∙阿南达以及其他等等,都是我们历史的一部分。

 

  1. 解放人民是我们最后的任务,通过壮大新的阶级——我们子女的“数字无产阶级”,教导他们勤奋读书。因为读书能使我们真正自由和独立。我们读书就知道我们生存的历史,是怎样前进或衰退的。读书是一种打破和重建我们的世界的行为。如果人民有读书,有知识,葡萄牙就不可能占领马六甲。同样的,荷兰、英国和国阵的种族隔离也不能得逞。我们之所以被俘虏,是因为愚蠢。如果我们愚蠢和怕死,他们就会继续俘虏我们。但愿纪念合艾和平协议签署25周年的盛会,带给新一代新的觉醒,以建设一个更加进步和合理的新国家。

 

UCAPAN MEMPERINGATI PERJANJIAN DAMAI HADYAI KE – 25

oleh :  aziz suriani

1.       Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Persahabatan Abad 21 kerana telah memberi peluang kepada saya – seorang dari luar untuk berkongsi kisah suka – duka bersama seluruh anggota persatuan ini yang telah diharung dalam tempoh yang begitu panjang.  Bagi saya,  saya tidak menyertai mana-mana parti politik untuk mencari pengaruh atau kuasa.  Jika saya terlibat dalam politik itu adalah kerana soal kemanusiaan.

2.            Perkataan kemanusiaan itu berasal dari kata dasar “manusia” yang tidak membawa apa-apa makna pada sifatnya kecuali  ia adalah “ insan” walau bagaimanapun ahli antropologi melihat bahawa “manusia”  itu mempunyai makna yang sangat besar iaitu “sejarah”.  Manusia mencipta sejarah kerana sifat kehidupannya yang expresif dan  kolektif, berkembang dalam kitaran dialektika dari suatu masa ke suatu masa.  Melalui ini sejarahnya telah dicipta.

3.           Sebenarnya “tiada perang untuk perang”  dan begitu juga tiada peperangan untuk perdamaian.  Perang Anti Jepun, Perang Anti British, Perang dalam Negeri yang berentetan adalah demi untuk melawan kuasa penindas bagi mencapai sebuah kehidupan yang lebih adil dan saksama untuk seluruh rakyat Malaya dan sekarang Malaysia. Ia bukan untuk berdamai secara sia-sia atau hanya untuk mencapai kepuasan diri.

 

4.    Pada saya peperangan melawan penindasan kuasa imperialis Barat dan Fasis Jepun oleh kawan-kawan sekalian telah memenuhi tuntutan al-Quran:

“ Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dan kanak-kanak yang dihina, yang berkata, “Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandaraya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong.” Al-Quran 4:75

5.           Segala rentetan kisah dalam Perang Tani, seperti perang Dato Bahaman, Perang Maharajalela, Perang Tok Janggut,  Perang Naning, Perang Abdul Rahman Limbong semuanya adalah rentetan sejarah kita meskipun ia tidak disukai oleh hegemoni warisan penjajah.  Begitu juga dengan munculnya Perang Anti Jepun, Perang Anti British, Perang Dalam Negeri yang dipaksakan ke atas seluruh kawan-kawan PKM sesudahnya kerana tekanan Anglo – Malaya. Gagalnyua Rundingan Baling 1955, Rundingan Phuket, Rundingan di Hadyai semuanya adalah sejarah bangsa dan negara kita.

6.            Semua ini adalah sejarah walau apa pun yang dimanipulasi oleh hegemoni dalam “ hisstory” nya dan  dalam sandiwara yang hodoh demi untuk ia melakarkan sebuah lanskap sosio-politik palsu untuk membutakan minda rakyat.  Sikap nihilism ini muncul dari paradigma politik yang dibangunkan oleh pemerintah membutakan dan menafikan fakta sejarah yang sebenar hinggalah akhirnya sebuah kontrak sosial yang tidak berasaskan kehendak rakyat telah direkayasa oleh hegemoni sebagai alat kawalan untuk menghalang evolusi sosial menjadi bangsa yang lebih matang dan bertamadun.

7.          Dari sikap nihilism ini, rakyat terus ditawan oleh sistem kasta lama didominasi oleh golongan elite.  Dari feudal lama ia kini telah dikembangkan kepada kelas  hegemoni neo-feodal yang hidup dan bernafas di bawah rahang, gigi dan roda kapitalism yang sentiasa membaham dan menggilis rakyat marhein dalam sebuah struktur ekonomi yang menindas oleh pemerintah sekarang.

8.         Buku sejarah, guru sejarah sepanjang lebih 57 tahun telah tidak bercakap benar untuk anak-anak kita.  Mereka tidak diajar untuk menyoal segala fakta dan andaian dan hubungannya.  Mereka juga membunuh subjek kesusasteraan menjadikannya tanah perkuburan untuk sejarah kita,  membunuh minda rakyat begitu juga subjek falsafah.  Hari ini kita sedang melihat secara berterusan kebebasan akademik di universiti juga sedang dilumpuhkan.   Akhirnya universiti awam kita hanya melahirkan manusia-manusia yang berdimensi tunggal mono-culture (single dimension).  Segalanya diperhambakan oleh politik yang mempermainkan pengetahuan, menyekat imiginasi kreatif ( seperti yang terjadi terhadapat kartonis zunar)   dan pemikiran kritis pelajar kita.  Membisukan suara-suara kritikal dan universiti menentukan apa soalan yang boleh ditanya dan boleh dijawab.  Universiti telah menjadi sebuah rumah pengeluaran yang efisyen mengeluarkan  pekerja yang baik dan patuh kepada ideologi semasa.

9.         Perang Anti British 1948 – 1957 oleh kawan-kawan adalah sebuah revolusi yang besar yangtidak dinafikan sejarahnya hingga ia  membawa kita merdeka.  Fakta ini juga diperakui oleh Tunku Abdul Rahman bahawa dari detik Balinglah kita merdeka walaupun soal itu sama ada kita benar-benar merdeka itupun masih boleh dipersoalkan.  Dari sini British telah menggubal sebuah dasar Anglo-Malaya membebaskan Malaya dalam pakej kepentingan hegemoni kuasa imperial ini. Mereka menabalkan diri sebagai pemenang dan kita menulis puisi untuk menenangkan jiwa yang tertekan.

10.  Selain itu kita juga terus melihat kegagalan hegemoni (yang diasaskan sejak 1955 (Parti Perikatan) dengan meneruskan dasar apartheid, ketaksuban kaum sebagai kad judi mereka pertaruhkan masa depan  generasi demi generasi rakyat Malaysia.  Indoktrinasi yang menolak keindahan  kepelbagaian budaya menjadi perkara pokok dalam pendidikan sekolah awam.  Sampai di sini bolehkah kita ramalkan tentang masa depan sekolah sekolah Malaysia dan generasi akan datang.  Kecenderungannya berkembang mengikut nista perkauman.   Hari ini kita melihat pengaruh sekolah Cina menjadi gelombang yang lebih dominan menyahut keperluan global sedang sekolah-sekolah awam sedang bergerak dalam spera indoktrinasi kaum dan pandangan sempit agama yang turut menjadi aparat hegemoni (political apparatus).

11.  Sama ada versi sejarah kita perlu ditulis semula atau tidak,  harus kita debatkan. Yang penting kita tahu ialah anak-anak kita harus memiliki versi baru sejarah Malaysia yang lebih adil dan benar.  Kita harus terus menulis, membuat penyelidikan yang ilmiah terhadap rekod dan peristiwa sejarah kita sebagai suatu jalan menyahut satu saranan yang direkod dalam Perjanjian Damai Hadyai 1989 iaitu biarlah soal sejarah ini menjadi tanggungjawab pengkaji dan penulis sejarah.  Semua orang mempunyai hak tersendiri untuk mengkaji sejarah negara bangsanya walaupun ada suara-suara sumbang dari ahli sejarah yang diupah untuk menentang perkembangan ini.

12.  Pada kesempatan ini saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada seluruh penulis yang telah meninggalkan kita atau yang masih ada,  mereka yang menulis genre sastera terutama dari  ASAS 50 seperti Usman Awang,  sasterawan negara paling kritikal hari ini A.Samad Said, A.Samad Ismail yang keluar masuk penjara sejak zaman Jepun, Pak Said Zahari yang 17 tahun merengkok di tahanan tanpa bicara di bawah Operation Cold Store,  Syed Hussein Ali yang pernah ditahan ISA dan lain-lain penulis serta sasterawan dari Pujangga Baru Indonesia dan Lekra yang telah turut menyuntik semangat kemerdekaan radikal Melayu seperti WS Rendra, Putu Wijaya, Pramoedya Ananta Toer dan ramai lagi yang tidak dapat disebut di sini.  Kesemua mereka adalah juga sebahagian dari sejarah kita.

13.      Tugas kita yang terakhir untuk membebaskan rakyat ini ialah dengan memperkasakan kelas baru proletariat digital anak-anak kita, mengajar mereka agar rajin membaca.  Kerana dengan membaca kita akan benar-benar akan bebas dan merdeka… Dengan membaca kita mengetahui sejarah kewujudan kita. Bagaimana kita boleh maju dan merosot. Membaca adalah suatu perlakuan menamakan, membongkarkan dan membina semula dunia kita.  Jika rakyat membaca dan berilmu, Portugis tidak mungkin dapat menawan Melaka, Begitu juga Belanda, Inggeris dan ideologi apartheid Barisan Nasional. Kita telah ditawan kerana kita bodoh. Mereka akan terus menawan kita selagi kita bodoh dan menjadi penakut.  Moga-moga himpunan besar 25 tahun memperingati Perjanjian Damai Hadyai 1989 membawa kesedaran baru  kepada generasi baru untuk membina negara yang baru yang lebih progresif dan saksama.

 

Sekian terima kasih.