嘉法巴巴逝世十周年纪念日

Indra Djaja Abdullah泰和联Yaakob Ibrahim 在一起  2小时

两天前(4月23日)是嘉法巴巴逝世十周年纪念日。据报道,马来西亚政府在马六甲举办了纪念活动。
嘉法是阿杜拉西迪的老友。上个世纪三十年代底,他们都是马来青年协会(Kesatuan Melayu Muda, KMM)的会员。KMM一九三八年成立,是马来亚第一个全国性的马来政治组织,反对英国殖民主义、反对奴化的马来官僚精英、主张民族统一、人性、国家独 立、民主等等。
过后,他们又参加了1945年底成立的马来亚马来民族党(Parti Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM)。PKMM 是 马来亚第一个提出反对英殖民主义和马来亚独立的政党。
1987年底,嘉法(当时任马来西亚政府副首相)在给阿都拉西迪的一封回信中提出开启和平谈判的进程。马来亚共产党中央接受了嘉法的建议。因此,就有了 1988年中的以阿都拉西迪(马共主席)和马共第十支队代表团和嘉法巴巴(实际上是马来西亚政府)代表团的低级会谈,以及后来的马来亚共产党代表团和马来 西亚政府代表团、泰王国政府代表团的高级会谈,并最终达成1989年12月2日的《合艾和平协议》。
2003年3月2日,来吉兰丹州治病的嘉法巴巴专程到泰南Sungai Golok市的云顶酒店会见50年未见的老朋友阿都拉西迪。参加会见的还有阿布沙玛,马共第十支队的另一位领导人。
为了怀念嘉法巴巴,阿都拉西迪在其《阿都拉西迪回忆录》第3册中特别撰写了一篇纪念短文。

2 hari yang lalu (23 hb), genap 10 tahun kepergian Allahyarham Ghafar Baba. Kerajaan Malaysia diberitakan telah mengadakan kegiatan peringatan di Melaka.
Allahyarham adalah sahabat lama Abdullah CD. Mereka sama-sama menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM), pertubuhan politik Melayu bersifat kebangsaan yang pertama (1938) di Malaya.
Dasar perjuangan KMM antaranya ialah anti penjajahan, anti elite birokrat Melayu yang beroriantasi Barat, menganjurkan penyatuan nasional, berperikemanusiaan, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi dan sebagainya.
Selepas itu, mereka menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1945. PKMM adalah parti politik pertama yang secara terbuka mengemukakan seruan anti penjajah British dan Malaya merdeka.
Pada akhir tahun 1987, dalam surat balasannya kepada Abdullah CD, allahyarham (ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia) mengusulkan perundingan damai. Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya (PKM) telah menerima usulan tersebut. Maka bermulalah perundingan peringkat rendah antara perwakilan Abdullah CD (Pengerusi PKM) dan Rejimen Ke-10 dengan perwakilan allahyarham (sesungguhnya ialah perwakilan Kerajaan Malaysia) pada pertengahan tahun 1988. Perundingan rendah tersebut kemudian diperpanjang kepada perundingan peringkat tinggi antara Perwakilan Parti Komunis Malaya dengan Perwakilan Kerajaan Malaysia dan Perwakilan Kerajaan Di Raja Thailand yang akhirnya membawa kepada tercapainya Persetujuan Damai Hatyai pada 2 Disember tahun 1989.
Pada 2 Mac tahun 2003, mengambil kesempatan berubat di Kelantan, allahyarham meluangkan masa ke Thailand Selatan untuk menemui sahabat lamanya di Genting Hotel, Sungai Golok, perjumpaan setelah 50 tahun berpisah. Abu Samah (allahyarham), seorang lagi pemimpin Rejimen Ke-10 juga menghadiri perjumpaan tersebut.
Untuk mengenangi sahabat lama, Abdullah CD telah menulis karangan ringkas dalam Memoir Abdullah CD (Bahagian Ketiga).