有关《合艾和平协议》的问答

纪念《合艾和平协议》25周年讲座会讲稿

 

方山

 

座谈会方山讲稿

 有关《合艾和平协议》的问答

1. 什么是《合艾和平协议》和“普吉和谈”?

 经常有人会问,《合艾和平协议》是在合艾的蠡园大酒店举行签署仪式,引来世界 各国、特别是马来西亚、新加坡以及东道主泰国的媒体竞相报道,全球瞩目。而之 前的和平谈判是不是也在合艾举行呢?

答案:不是。决定性的和平谈判不在合艾举行,而是在合艾西北数百公里外一个著名海 滨旅游圣地普吉岛的一家旅馆(Thavon Palm Beach Hotel)举行。

其实,马共与泰国军方的和平接触在之前的几年已经开始,接着,1988年4月底开始,泰方与特别队代表数度进行初步谈判,取得成果。这也促使马方和十支接触,于同年5月底开始进行初级会谈,随后提出进入高级会谈。可以说会谈是在泰方的穿针引线下实现的。马共与马来西亚政府及泰王国政府三方代表参加的具有决定意义的高级和谈,即“普吉和谈”,于1989年2月2-4日开始第 一轮谈判,至当年的11月2-4日第五轮谈判时,陈平从国外飞抵普吉,代表马共拍板,三方高级和谈胜利完成。原本议定这项《和平协定》的签署仪式要在“普吉谈判”结束后1个月,即12月5日举行的。后来泰方说,12月5日恰为泰皇诞辰大庆,希望签署仪式能提前,而且要办得盛大热烈,为泰皇献礼。这就是《合艾和平协议》签署仪式订于12月2日(星期六)举行的由来。

2. 为什么说《合艾和平协议》实现的和平,其中心内容是“光荣和解”?

历史上,结束战争从而实现和平的方式,有以下几种 ——

(1) 交战的一方认输投降,例如著名的第二次世界大战,德意日轴心国战败, 无条件投降,世界恢复和平。

(2) 各方打不下去,达致停战,实现和平,例如“朝鲜战争”。

(3) 进行反击的一方战胜后主动宣布停战,实现和平,例如“中印边界战争”。

(4) 入侵者战胜,被侵略者战败求和并交付巨额赔款,实现和平,例如“八国联军侵华”等等。

但是,与上述的和平方式截然不同,举世瞩目的《合艾和平协议》体现的是在马来西亚、马来亚共产党和泰王国,三方共同把几十年来英殖民主义遗留下来的战争给 予结束,实现了各方共赢的和平,因此三方在《联合公报》中明确指出,这是一项 光荣的和解,将为泰马边境地区和马来西亚带来繁荣、稳定和安全。

3. 马方为什么会承认“马共有功”及对回马的前人民军成员“既往不咎”?

上面谈到,普吉和谈进行了五轮,经历了8个月的漫长时光。

第一轮会谈时,马方即指责马共危害国家独立,马共代表则列举马共带领人民进行抗日、抗英以争取国家独立的事实,加以严词驳斥,泰方也规劝马方应抱着和谈的意愿而来。最后三方在闭门会议中,马方首席代表拉欣·诺尔发表了书面谈话:马来西亚政府承认马共对独立的贡献,但不能公开宣示;可让历史学家去作出各自的评价,政府不会阻挠。

当年5月中旬的第三轮会谈又一次争论得很激烈,起因是马方坚持要对下山后的马 共人员加以扣留,马共方面则坚决拒绝,闹到马方决定暂停会谈。马共方面也毫不畏惧,从容面对要挟,而且严正声明,若要再打下去的话,还可以坚持20年。

会谈休会将近五个月,在这期间,马方施展包括军事进攻在内的各种手段,马共应对有余,不为所动。在无可奈何之下,马方不得不又主动提出恢复会谈。第三轮会谈,马方承诺政府对回马前人民军成员“既往不咎”,并给予同等的政治权利。

4. 为什么马共要“自行销毁武器”?

马共自行销毁武器,是要以实际行动体现尊严并向各方表达它的真诚的和解与和平的意愿;这同意味着集体投降的所谓“放下武器”或“缴械投降”根本是两码事。

为此,有需谈到三件事 ——

一、根据记录,协议签署后从森林出来的原人民军成员总共为 1千1百 88名,他们手中的武器都按其种类列号记录在案,总数量超过 1千2百件。销毁的当天,原人民军成员无论是通过引爆以销毁弹药,还是通过轧烂并焚烧以销毁枪枝,都是自行处理的。那些受邀前来的泰方官员连同马方官员,他们每人胸前都佩带着写明“见证人”(Witness) 字样的徽章,看了看枪枝和弹药之后,便站在稍远 处见证,不得插手或拍照。

很明显的,当时社会上流传的某些言论,说什么马共要交出武器给马、泰双方销毁,又说什么上述销毁武器的工作,是在马、泰双方官员的“监督”底下进行的等等,都是既不符合实际情况,也是同《协议》精神背道而驰的不实之词。

二、关于销毁那些装置、掩埋在马泰边区的地雷和其他爆炸物的工作,在《协议》签署后很快就分头进行。但由于这些地雷和其他爆炸物分布很广,销毁工作确实是相当费时的。可以这么说,在边区泰方一侧的拆雷工作无论如何都进行得非常顺利。

然而,在马境的工作就碰到了麻烦。 首先,马方政治部竟声称,马共销毁马境的地雷,需在马来西亚当局的“监督”底 下进行。对此,马共代表当然要据理指出,所谓“监督”与“见证”是有很大差别的。“见证”是对立双方在和解之后对事实的相互核实和肯定;而“监督”在国际惯例上则是由第三者而不是由原来对立双方之一去执行的,如果由原来对立的其中一方去执行,便带有不公正的含义。马共代表还指出,《协议》写明在马境销毁地雷,是由马方“见证”的;假如现在要改为“监督”,便是违背协议。

接着下来,又是马方政治部官员“作怪”。他们说,拆地雷,一定要由军队配合。进山拆雷时,马共的拆雷人员应赤手空拳走在前头,接着是政治部有关人员佩带短枪跟随着,再来是全副武装的军队押后,如此等等。马共代表当然不能接受这样的安排,这无非是要搞到马共人员好象是吃败仗,而拆雷人员也好象是投降分子、自首分子。 这是个大原则问题,要是马共再予让步,在《协议》上争取到的东西,肯定又会给政治部官员统统拿回去了。

到最后,还得劳动泰方出面。泰方指出,原人民军人员现在甘冒风险进入森林拆雷,为的是消除开发建设事业的后患,因此,有关方面应该为这些拆雷人员提供武器防身,以策安全。马方政治部官员终于没有话说。

三、销毁武器和地雷后,马方发现马共还藏有大量新枪械,便来追问。据陈平解释,根据《协议》,马共销毁的是手中用着的武器,而藏着的新武器是较早从市场上买来作为储备的,不在《协议》之内。马方便狡猾地出价要买把这些枪械再卖回到市场,马下这些武器,但陈平回绝了,他说,为了避免瓜田李下的嫌疑,马共将方可向市场上去采购。

5. 《马来亚民主之声》电台,何时停止播音?

 很多人以为,1989年12月2日《合艾和平协议》签署,《马来亚民主之声》 电台也在当天停止播音。其实错了。

根据三方签署的《合艾和平协议》的条文说明,《马来亚民主之声》电台订于协议 签署之日算起的一个月后停止广播。因此,1990年1月1日,《马来亚民主之 声》在向各界祝贺新年以及播出相应节目之后,宣告它已完成自已的历史任务而从 此停止播音。

《马来亚民主之声》电台的最后一期广播节目是在1989年12月29、30、31日以 及1990年1月1日的四天内连续播出的,题目计有:- –

(1)马来亚共产党中央委员会1990年新年祝词

(2)本台元旦社论:《和平协议》签署的历史意义

(3)本台敬致广大听众书:《马来亚民主之声》始终为和平民主事业而奋斗

(4)报道:陈平同志在第十二支队

顺便说一声:《马来亚革命之声》(Suara Revolusi Malaya,SRM),于1969年11月15日开播至1981年7月1日结束,为时11年又7个月半。《马来亚民主之声》(Suara Demokrasi Malaya,SDM),于1981年7月1日开播,直至1990年1月2日自行关台,为时8年又7个月。两个电台连接不断播音长达20年多。

Soal-jawab Tentang Persetujuan Damai Hadyai

1-   Apakah erti Persetujuan Damai Hadyai dan Perundingan Phuket?

 

Orang sentiasa tanya, upacara penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai  diadakan di Lee Gardens Hotel Hadyai. Isu ini menjadi fokas sedunia.  Media dan akhbar berebut-rebut menyiarkan berita itu di dunia amnya dan Malaysia, Singapura serta Thailand yang menjadi tuan rumah khasnya. Dan apakah perundingan pada sebelumnya itu diadakan di Hadyai?

 

Jawaban: Bukan. Rundingan Damai muktamad bukan diadakan di Hadyai,melainkan di Thavon Palm Beach Hotel, di tepi laut Pulau Phuket, tempat peranginan pelancongan  termasyhur, letaknya ratusan kilometer dari barat laut Hadyai.

 

Sebenarnya, kontak damai antara PKM dengan pihak tentera Thailand sudah dimulai beberapa tahun sebelum itu. Seterusnya pada penghujung April 1988, rundingan peringkat awal antara pihak Thailand dengan wakil Pasukan Khas diadakan beberapa kali dan hasil tercapai. Ini juga mendorong pihak Malaysia mengadakan kontak dengan Rejimen Ke-10. Pada penghujung Mei tahun yang sama, rundingan peringkat rendah dimulakan dan diteruskan mengusul agar rundingan peringkat tinggi diadakan. Boleh dikatakan wujudnya  rundingan kerana pihak Thailand bertindak sebagai orang tengah. Rundingan peringkat tinggi ketiga-tiga pihak  PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan di Raja Thailand, iaitu Rundingan Phuket, adalah perundingan muktamad. Dari pusingan pertama, 2-4 Feb hingga pusingan ke-5, 2-4 November, 1989. Chin Peng sampai di Phuket daripada luar negeri, mewakili PKM membuat ketetapan terakhir, mencapai kejayaan rundingan damai ketiga-tiga pihak. Sebenarnya upacara penandatanganan Persetujuan Damai ditetapkan pada 5 Disember, satu bulan selepas tamatnya Rundingan Phuket. Akan teapi, pihak Thailand berkata bahawa 5 Disember adalah hari keputeraan Raja Thailand, berharap agar upacara penandatanganan diawalkan, bahkan harus dirayakan secara meriah, sebagai mempersembahkan hadiah kepada Raja Thailand. Inilah asal usul upacara penandatanganan ditetapkan pada 2 Disember (Hari Sabtu).

 

2. Mengapakah kandungan utama diwujudkan dalam Persetujuan Damai Hadyai itu dikatakan sebagai  “perdamaian secara terhormat”?

Dalam sejarah, cara untuk mengakhirkan perang dan mewujudkan perdamaian terdapat beberapa bentuk sebagai berikut:

(1)          Satu pihak yang berperang mengakui dan menyerah kalah. Misalnya Perang Dunia Kedua, Kuasa Paksi Jerman, Itali dan Jepun menyerah kalah tanpa syarat, dan keamanan pulih di dunia.

(2)          Berbagai-bagai pihak tak dapat teruskan perang, mewujudkan gencatan senjata, misalannya Perang Korea.

(3)          Pihak serang balas menang dan secara initiatatif mengistiharkan gencatan senjata, mewujudkan perdamaian, umpamanya Perang Sempadan China-India.

(4)          Penceroboh menang, pihak diceroboh kalah dan dituntut bayar gantirugi dalam jumlah besar, perdamaian diwujudkan, seperti Perikatan Lapan Negara menceroboh China, dan lain-lain.

Akan tetapi, Persetujuan Damai Hadyai yang menarik perhatian sedunia ini berlaianan samasekali dengan cara perdamaian tersebut itu. Yang dijelmakan dalam Persetujuan ini  adalah ketigatiga pihak antara kerajaan Malaysia, PKM dan kerajaan Thailand bersama-sama menamatkan perang berpanjangan berpuluh-puluh tahun tinggalan dari penjajahan British, mewujudkan perdamaian menang-menang bagi tiga pihak. Ditunjukkan jelas sekali dalam Pengumuman Bersama ketiga-tiga pihak bahawa bahawa “Semua ketiga pihak mengakui bahawa penyelesaian secara terhormat ini akan mewujudkan kemakmuran, kestabilan dan keselamatan di kawasan sempadan Thai – Malaysia dan Malaysia.”

3.  Pihak kerajaan Malaysia memperakui bakti PKM, dan Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ataupun mana-mana undang-undang lainnya terhadap anggota PKM dan anggota pasukan bersenjatanya yang dibubarkan. Mengapakah boleh begini?

Huraian di atas telah menjelaskan bahawa Perundingan Phuket berlangsung dalam lima  pusiangan selama 8 bulan.

Dalam Rundingan pertama, pihak kerajaan Malaysia membidas PKM mengancam kemerdekaan negara. namun wakil PKM menyanggahnya dengan kata-kata tegas dan menunjukkan fakta-fakta PKM memimpin rakyat berjuang melawan penceroboh Jepun, menentang penjajah British untuk mencapai kemerdekaan negara. Manakala Pihak Thailand memberi nasihat kepada pihak Malaysia supaya bersikap ingin damai. Akhirnya di dalam perunding tiga pihak, Ketua perwakilan kerajaan Malaysia Datuk Rahim Noor membacakan kenyataan bertulis yang berbunyi: Kerajaan Malaysia memperakui bakti PKM dalam kemerdekaan, setakat mana baktinya terpulanglah kepada ahli sejarah.

Dalam pusingan ke-3 pada pertengahan Mei,mesyuarat dua hari telah mencapai beberapa persetujuan, antara lain tentang bantuan sara hidup, dalam pemeriksaan ketika masuk balik ke Malaysia tidak diambil cara menimbulkan cara kasar atau menghina dan sebagainya, dan sebagainya.

Tetapi, dalam mesyuarat hari ketiga, pertengkaran hebat telah timbul kerana pihak kerajaan Malaysia tetap berdegil hendak menahan bekas PKM dan anggota pasukan bersenjata yang telah dibubarkan. Tapi pihak PKM menolaknya secara bulat-bulat. Pertengkaran itu berterus sehingga pihak Malaysia membuat keputusan menangguhkan perundingan. Pihak PKM tetap tak gentar, membalas ancaman itu dengan tenang sambil  menyatakan secara serius bahawa jika hendak berperang terus, kami sanggup mempertahankan perjuangan selama 20 tahun lagi.

Dalam tempoh penangguhan Perundingan hampir 5 bulan itu. pihak Malaysia memainkan macam-macam helah termasuk serangan tentera. Namun, PKM membalasnya secara berkesan dan tetap tidak berganjak. Dalam keadaan tak ada pilihan lain, pihak Malaysia secara inisiatif mengusulkan supaya pulihkan rundingan.

4.  Mengapa PKM hendak memusnahkan senjata api secara sendiri?

PKM memusnahkan senjata api secara sendiri adalah memperlihatkan maruahnya dengan tindakan praktik, dan menyatakan kepada semua pihak kejujuran dan keinginannya untuk berdamai dan perdamaian. Ini samasekali berlainan dengan apa yang disebut “meletakkan senjata ”  dan mengaku kalah atau “menyerah Kalah”.

Dengan ini, ada  tiga perkara harus dijelaskan:

(1). Menurut rekod, jumlah anggota TRM yang keluar dari hutan selepas penandatanganan persetujuan ialah 1,188 orang. Senjata yang dibawa mereka berjumlah lebih dari 1,200 pucuk, semuanya direkod mengikut jenis dan nombornya dan difailkan. Pada hari pemusnahan senjata api dan amunisi itu, tak kira pemusnahan itu melalui peletupan, pembakaran atau penghancuran, semuanya dilakukan oleh bekas anggota TRM. Pegawai-pegawai pihak Thailand dan Malaysia yang dipelawa sebagai “saksi”. Mereka memakai lencana bertulisan Witness, selepas melihat-lihat senjata api itu, mereka berdiri agak berjauhan dan tidak boleh campurtangan dan ambil foto.

Amat jelas, sesetengah khabar angin yang tersebar dalam masyarakat, apa yang dikatakan PKM hendak serahkan senjata kepada pihak Malaysia dan Thailand dan dimusnahkannya oleh kedua-dua pihak Malaysia dan Thailand. Dan pemusnahan itu dikendali oleh pegawai-pegawai Malaysia dan Thailand dll. Kesemua ini khabar angin yang tidak secocok dengan keadaan sebenarnya, juga  memungkiri semangat persetujuan.

(2).  Pemusnahan jerangkap-jerangkap samar di kawasan sempadan Malaysia-Thailand itu dijalankan segera dan secara berasingan sesudah persetujuan ditandatangani.  Akan tetapi, jerangkap samar bertaburan luas, kerja pemusnahan sungguh memakan masa. Boleh dikatakan pemusnahan semua jerangkap samar di sempadan Thailand dijalankan secara lancar.

Akan tetapi, pemusnahan jerangkap samar di kawasan Malaysia ada kesukaran. Pertama, pihak SB kerajaan Malaysia menyatakan bahawa pemusnahan jerangkap samar itu dipantau olehnya. Wakil PKM menunjukkan secara beralasan, “pengendali” dengan “saksi”  jauh berbeza. “Saksi” adalah pengenal pasti dan ketetapan kedua-dua pihak bertentangan terhadap kenyataan selepas perdamaian; namun “pengendali”  adalah pihak ketiga yang menguruskan pemusnahan dan bukan salah satu pihak di antara kedua-dua pihak yang bertentangan jika menurut contoh internasional, ini mempunyai maksud yang tidak adil. Wakil PKM menunjukkan lagi,  persetujuan dengan jelas berrtulis:  Bekas anggota bersenjata TRM  harus cari dan memusnahan jerangkap samar, dan akan disaksikan oleh pihak berkuasa Malaysia. Kalau “saksi” diganti dengan”pengendali”, ini memungkiri persetujuan.

Berikutnya, sekali lagi SB pihak Malaysia main cara “menyusahkan”,  mereka kata, memusnahkan jerangkap samar, mesti dikoodinasi oleh askar.  Bila masuk hutan untuk memusnahkan jerangkap samar, bekas anggota bersenjata PKM harus jalan di depan dengan tangan hampa, diikuti dengan  orang SB, dan askar-askar bersenjata, dan lain-lain. Wakil PKM tidak terima. Kerana cara itu tak lain dan tak bukan hendak memburukkan imej orang PKM, memperlakukan mereka sama seperti orang menyerah diri. Ini adalah prinsip asas. Kalau PKM bertolak ansur, apa yang tercapai dalam persetujuan itu akan hilang sama sekali.

Akhirnya, pihak Thailand tampil ke depan dan berkata, tujuannya pemusnahan jerangkap samar ialah menghapuskan bahaya hari kemudian bila teroka hutan. Maka, harus diberi perlengkapan senjata untuk menjaga keselamatan bekas TRM yang mengharungi bahaya. Pegawai SB pihak Malaysia tak dapat cakap apa-apa.

(3) Setelah pemusnahan senjata api dan imunasi,  pihak berkuasa Malaysia mendapati pihak PKM menyimpan senjata baru dalam jumlah besar dan menyoal. Menurut keterangan Chin Peng, berdasarkan persetujuan,pemusnahan senjata adalah pemusnahan senjata di tangan, dan  senjata yang disimpan adalah dibeli dari pasaran untuk simpanan, tidak kena mengena dengan persetujuan. Pihak Malaysia hendak membeli senjata itu, tetapi Chin Peng kata, PKM akan menjual senjata itu kepada pembeli senjata dalam pasaran, tidak boleh jual kepada kerajaan, bimbang nanti dikatakan sebagai diserah oleh PKM.

5. Bilakah Siaran Suara Demokrasi Malaysa berhenti?

Ramai orang ingat Stesen Radio Suara Demokrasi Malaysa berhenti siarannya tepat pada 2 Disember setelah Persetujuan Damai Hadyai ditandatangani. Ini salah.

Menurut terma Persetujuan Damai Hadyai yang ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak, radio Suara Demokrasi Malaya berhenti siarannya dalam tempoh sebulan selepas persetujuan ditandatangani. Oleh itu, pada 1 Januari 1990, Suara Demokrasi Malaya menyiarkan siaran Ucap Selamat Tahun Baru dan acara-acara berkenaan kepada orang ramai di semua kalangan, juga mengumumkan Radio Suara Demokrasi Malaya sudah menyelesaikan misi sejarahnya dan berhenti siarannya.

Rancangan akhir sekali siaran Suara Demokrasi Malaya berterusan 4 hari pada 29/30/31 Disember 1989 hingga 1 Januari 1990. Tajuknya sebagai berikut:—

(1) Ucapan Selamat Tahun Baru Jawatankuasa Pusat PKM 1990

(2) Rencana Pengarang Radio Suara Demokrasi Malaya: Makna Sejarah Penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai

(3) Kenyataan Radio Suara Demokrasi Malaya Kepada Pendengar: Suara Demokrasi Malaya berbakti pada usaha perdamaian dan demokrasi sejak mula sampai akhir

(4) Laporan: Kawan Chin Peng di Rejimen Ke-12

Sedikit  keterangan: (Suara Revolusi Malaya,SRM) bermula siarannya pada 15 November 1969 hingga 1 Julai 1981, selama 11 tahun 7 bulan. (Suara Demokrasi Malaya,SDM), bermula siarannya pada 1 Julai 1981 hingga 2 Januari 1990, siarannya selama 8 tahun 7 bulan. 2 Radio itu menyiarkan siarannya berterusan selama lebih 20 tahun.