英帝国主义如何控制新加坡和柔佛

tajuk_jun_2010_5b5_5d.jpg末阿敏部落格苏基林《和平村今昔》

2012年1月31日(星期二)

自从英殖民者占领了槟榔屿之后,就把注意力转向另一个更有战略地位的基地,他们又要拼吞新加坡岛了。那时,柔佛、新加坡、彭亨、廖内和灵加是一个统一的国家,统治中心设在廖内。

1812年,廖内王国的苏丹玛默∙沙逝世了,英殖民者就见缝插针耍阴谋,使得原本继承王位的东姑∙胡申落空,而他的弟弟东姑∙阿都拉曼却被推举为新的苏丹。当时代表东印度公司利益的斯丹佛∙莱佛士就毫不迟疑地通过当时治理柔佛和新加坡的廖内王国的代表天猛公阿都拉曼,取得与廖内东姑∙胡申的联系。在三方的谈判中,英殖民者答应让东姑∙胡申成为柔佛和新加坡苏丹,条件是他必须与英殖民者合作,把新加坡岛租让给英殖民者作为基地。

1819年2月6日,在东姑∙胡申的要求下,英殖民者宣布他为柔佛和新加坡的苏丹,英殖民者付出的津贴是:给东姑∙胡申年俸5千元叻币,给天猛公东姑∙阿都拉曼年俸3千元叻币*。从此新加坡和柔佛就脱离了以廖内为统治中心的统一王国;新加坡和柔佛纳入了英殖民者的势力范围,而廖内则在殖民印度尼西亚的荷兰的统治下。

然而,1824年,英殖民者就排挤了东姑∙胡申,推出他的儿子拉惹∙阿里作为苏丹。但这也只是临时举措,接着拉惹∙阿里的权力又被转交给天猛公阿都拉曼了。虽然柔佛在1914年正式纳入“马来属邦”行政体系,但自从1819年以来,英国的势力早已渗透整个柔佛。

资料来源:阿都拉∙西•迪:《英殖民者控制马来亚的策略》

(注*:“叻币”独立前的马来亚货币。“叻”是马来语“Selat”福建音“石叻”的简略,指英属海峡殖民地“Negeri-Negeri Selat. the Straits Settlements (1826-1946).”即新加坡、马六甲、槟城。)

(翻译:艾莉。校阅:阿凡提)

BAGAIMANA IMPERIALIS BRITISH MENGUASAI SINGAPURA DAN JOHOR

Selasa, 31 Januari 2012

Setelah memperoleh Pulau Pinang, penjajah British mengalihkan pula perhatiannya untuk mencari sebuah pangkalan yang lain yang lebih strategik kedudukannya. Kali ini mereka mahu mencapluk pulau Singapura pula. Pada masa itu, Johor, Singapura, Pahang, Riau dan Lingga merupakan sebuah negara kesatuan dengan pusat pemerintahannya bertempat di Riau.

Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah, Sultan Kerajaan Riau telah mangkat. Ini memberi peluang kepada British untuk memasukkan jarumnya. Pengganti Sultan sepatutnya Tengku Husin, akan tetapi yang dilantik sebagai sultan yang baru ialah adiknya, Tengku Abdul Rahman. Stamford Raffles yang mewakili kepentingan Kompeni Hindia Timur ketika itupun tak lengah-lengah lagi. Dia lalu menghubungi Tengku Husin dari Riau melalui Temenggong Abdul Rahman yang merupakan wakil Kerajaan Riau yang mentadbir Johor dan Singapura ketika itu. Dalam rundingan tiga pihak itu, Tengku Husin dan Temenggong Abdul Rahman, pihak British berjanji akan mengangkat Tengku Husin sebagai Sultan Johor dan Singapura dengan syarat dia sanggup bekerjsama dengan British dan memajakkan Pulau Singapura untuk dijadikan pangkalan British.

Atas permintaan Tengku Husin, pada 6 Februari 1819, diapun diisytiharkan oleh British sebagai sultan bagi Johor dan Singapura. British membayarnya elaun sebanyak $5,000 setahun manakala Temenggong Abdul Rahman $3,000 setahun. Semenjak itu Singpura dan Johor terpisah daripada negara kesatuan yang berpusatkan di Riau; Singapura dan Johor dimasukkan ke dalam lingkungan kekuasaan Inggeris manakala Riau pula dibawah kekuasaan Belanda yang menjajah Indonesia.

Akan tetapi, pada tahun 1824, British menyingkir Tengku Husin dan mengangkat pula anaknya Raja Ali sebagai Sultan. Tapi itupun untuk sementara saja. Kekuasaan Ali kemudian dialih kepada Temenggong Abdul Rahman. Sungguhpun Johor secara rasmi dimasukkan ke dalam pentadbiran “Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu” pada tahun 1914, akan tetapi pengaruh British telah meresap di Johor sejak 1819 lagi.

Sumber: ABDULLAH C.D.: STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA

Dicatat oleh Mat Amin pada 7:12 PG Pautan pada catatan ini

Label: Dokumen, Penjajah

登入为: admin