《和平村今昔》部落格:一位青年眼光下的历史

tajuk_jun_2010_5b5_5d.jpg末阿敏部落格《和平村今昔》
译者:阿凡提

rizal_2527syeikhryz_2527_hamdan.jpg巫统和《马来西亚前锋报》歪曲末沙布说末•因德拉是独立斗士的谈话,指责他宣扬马共的独立斗争贡献,还要提控他,但这反而使社会各界,尤其是马来社会广大主持正义人士和知识青年同巫统及统治集团的大论战,事态的发展使巫统越来越处于下风,结果是搬起石头砸自己的脚,自吃其果。各种探讨独立斗争真实历史的文章不断涌现,《和平村今昔》转载了一位马来知识青年在独立日写的文章《矫正国家独立史》,作者根据史实,心平气和地从学术的角度,对关于左派独立斗士和马来亚共产党在国家独立历史中所起的作用,作出令人信服分析,但个中不免带有不尽完美的谈论。兹翻译如下,以飨读者:

译者:阿凡提

末阿敏部落格《和平村今昔》,2011年9月23日

矫正国家独立史

——激进左翼民族主义者斗争简史

李扎尔•赛赫里兹•韩丹作于2011年8月31日

前言

最近以来,触发了关于共产主义影响在马来西亚重新抬头的争论。从数月前的净选盟2.0示威事件时起,作者早就注视着这一事态的发展。统治政权所运用的其中一个策略,就是指责(污蔑),说发动这一示威的目的是要在国内复活共产主义影响(动用1948年紧急法令逮捕马来西亚社会主义党的6位活动干部)。同样的事情又在数日前发生,当回教党署理主席末沙布先生就马来亚共产党(马共)在国家独立斗争的作用发表评论时,正如作者本人阐明的,这一评论,具有“历史负担”,并且很快就被种族-民族主义的巫统和与它同流合污的组织拿来作为政治资本。

在思考了双方提出的论据之后,本人认为,之所以触发这一争论,是因为向社会展现的历史文献或历史版本已被剪辑、删掉了一半、抹黑了一些、并只集中注意力于一小撮。 本人要说的是,摆出来给社会上人们从就学时期到成年之后阅读的历史版本,都是遵从统治政权观点的历史版本。它所突显出来的历史,都只是把独立斗争的“荣誉”归功于执政党,而另一个方面展现的历史,不是被全部删除,就是其“重要性”被贬低为仅仅作为编年史中某一事件配角的东西。本人认为,这是出于政治目的而“歪曲”原本历史的做法。不能否认的是,执政党在加速国家独立进程所起的作用,也应加以赞许。然而,我们必须明白的是,这个独立不能“一蹴而就”,而必须经历一个漫长的过程。

我们必须承认,在巫统(全国巫人统一机构)成立之前, 就已经有许多左派组织先行展开国家独立斗争。我们之中,有许多人忘记了以下这些组织的存在,例如:马来亚马来民族党、马来青年联盟(马青盟)、穆斯林阵线、泛马农民阵线、觉醒妇女会、觉醒青年团、青年运动以及其他多个组织,都为国家独立的进程出钱出力、出主意。但是,由于我们(统治政权)热衷于抹掉历史以便在人民的脑海中树立自己的“霸权”,说什么只有执政党才进行独立斗争,国家历史的记载则被撇在一边,仅仅作为让研究历史或国家政治的人研究的“次历史”。根据这一点,本人觉得,“国家独立斗争史”必须加以矫正,让年轻世代都知道(真实的)历史。

独立斗争的早期先行者

与邻国印尼和菲律宾相比,马来西亚的政治觉悟起步较晚。印尼在1905年已经有早期的政治组织,如伊斯兰侨民协会(1912年改名为伊斯兰协会),作为著名斗士如哈芝奥马尔•赛和哈芝阿谷斯•萨林领导的土著社会的政治平台。在菲律宾则于1892年已有菲律宾纳联盟和卡提普南(La Liga Filipina dan Katipunan)的政治运动。在马来亚(1963年成为马来西亚),到1938年才出现反既成权力机构和反封建的著名斗士,如依不拉欣•耶谷领导的全国性的(马来人)政治组织(在这之前,只有地区性的组织)。马青盟被看作是非常进步的,要使民族成员的命运急剧变革的组织。可以举出的例子,就是依不拉欣•耶谷对全国进行观察之后撰写的著作《看祖国》的出版(1941年)。这一著作是对在英国殖民统治下的祖国局势进行分析的第一次尝试。

本人肯定,除了那些参与研究政治或马来西亚历史的人之外,在我们之中,知道这一事实的人并不多。在拿督翁参与国家独立活动之前,我们已有许多活动家积极参与反殖斗争,唤醒人民对殖民地压迫和落后的醒悟。国家的所有土特产(据新马克思主义思潮分析家所做的周边国家分析),都被运去殖民地宗主国(在核心国家阶段)。早期的独立斗士,如依不拉欣•耶谷、伊萨•哈芝穆哈末、布哈努丁医生、阿末•布斯达曼以及其他左派民族主义者,已经开始了解到向英国殖民主义争取独立的重要性。

被孤立的历史

上述那些人士都是反既成权力机构和反殖民主义的左派民族主义者。他们所采取的态度是不同殖民者合作,但仍然通过民主的渠道去实现他们的斗争目标和意愿。结果是在1945年10月17日,建立了二战后在马来亚成立的第一个(马来人)政党——马来亚马来民族党。但是,这个政党在1948年6月18日被取缔了。本人想要表达的是,马来民族党是第一个成立的(马来人)政党,与1930年成立的马来亚共产党(马共)对比来说,它并不(象马共那样)富于战斗性。可是,还有很多人仍然不懂得,马共在他们的两个时期的斗争中,也对国家独立作出贡献:

一:驱逐日本殖民者的斗争(通过与英国的秘密合作);

二:反抗英国殖民主义的反殖斗争。

马共实行的这两种斗争形式,使她享有争取祖国独立的荣誉。可是,在马来亚取得独立之后,马共继续对马来亚联合邦政府进行马克思主义意识形态的斗争*,因为马共认为东姑阿都拉曼领导的政府是英国的宠儿,只是奉行殖民主义打下基础的资本主义政策。无论如何,随着不同时期的武装斗争阶段的过去,这是另一回事了。本人在这里尝试提出的,就是马共如何也参与把祖国从英国殖民主义统治下解放出来的事业。在这之后,为什么我们要否定他们的贡献?本人在这里表达的,就是马共在独立后对国家政权抗争历程所背负的“历史负担”的后果,致使他们完全没有记载为在国家独立进程中奉献力量。【译者注:实际上,独立后(特别是国家全面接管英国的军事指挥权和实现经济独立之后)的马共斗争,是属于要实现完全独立的民族民主斗争范畴,与马克思主义意识形态无关,马共从未提过实现社会主义的纲领。】

我们之中的许多人,仅仅知道马共是一个只由华族组成的富于战斗性的组织,但是却不去努力了解,马共也拥有由马族组成的第十支队。在这里本人必须说明,马共第十支队的大多数成员,都是马来左派民族主义者,由于受到英国殖民者的迫害而不得不走进森林,参加马共的武装斗争。必须记住,在1948年,英殖民当局实施紧急法令(“Ordinan Darurat”现在则由1960年国内安全法令取代其功能),是为了消灭以马来亚左派组织当先锋的马来民族主义起义。在左派民族主义思潮诸领导人之中,不经审讯就投入监狱的,就有阿末•布斯达曼、卡玛鲁扎曼•迭、耶哈亚•纳斯木以及若干其他左派人士。为了避免不经审讯就被逮捕,有一批左派民族主义人士除了进入森林参加马共之外,再也没有其他选择,其中包括阿都拉•西•迪、拉昔•迈丁,姗夏、穆沙阿末和其他人等。

然而,马共背负的“历史负担”,也使这些左派民族主义斗士的贡献“暗淡无光”,没有在社会上展现为独立斗士。为什么我们需要对已经放在“世界历史档案”的共产主义担忧?本人认为,当前的共产主义,只不过像是印有红星、铁锤镰刀标志,以及切•格瓦拉、列宁、毛泽东及其他人肖像的T恤。我们必须了解,自从马共在1930年成立以来直到现在,在马来西亚都不曾发生过无产阶级革命。关于企图在马来西亚重新恢复共产主义斗争的想象,只不过是记忆还禁锢在冷战时代的那些人的无稽之谈

本人查阅英国的政治历史记录发现,爱尔兰共和军头面人物,例如除了艾蒙•德瓦勒拉(1882至1975年)之外,迈克尔•柯林将军(1890至1909年),也被英国当局承认为爱尔兰的当地英雄。美国也是尊重和承认迟里卡华阿帕奇族起义领袖杰罗尼莫(1829至1909年)为当地英雄。可是,对于共同为国家而斗争的左派斗士,为什么我们不曾给予荣誉?根据这一点,本人觉得,我们需要把国家和民族的历史记载矫正过来,以免继续被某些方面为了其政治利益而继续歪曲历史。

结论

292038_2369932928261_1248623042_2930481_7350434_n.jpg我们今天所享受的和平安宁,并不只是某些方面努力的成果,而是包括许多意识形态和思潮集体努力取得的。我们的主要失误,就是仅仅突出某些方面成为国家独立的主角而把国家历史记录边缘化。在我们国家和民族的历史中,许多“不被歌颂的英雄”已越来越被人民遗忘。发生这样的事情,并不是他们懒于读书或研究,而是因为历史记载已被歪曲。在庆祝马来西亚独立54周年的时候,本人希望我们大家重新回忆所有国家独立斗士的功绩,不要只是记得某些斗士的功绩。以前发生的“历史互动”需要重新加以矫正,以便确定未来的一代人,从多元透视中更加了解和尊重国家的历史记载。把真实的历史“边缘化”的做法,只能导致所产生的下一代接班人,都是既不进步也没有危机感的。祝大家开斋节好,独立54周年好。

注:

请参考谢文庆著作:1948年红星照耀马来亚:1941年至1946年日本占领马来亚前后的反抗和社会冲突,法米乐扎的电影《独立前十年》,以及其他关于左派民族主义斗争的书籍,以便进一步说明。

上载者:末阿敏

马来文原文:

SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEORANG ANAK MUDA

<Kini& Silam>

Jumaat, 23 September 2011

rizal_2527syeikhryz_2527_hamdan.jpgMeluruskan Kembali Sejarah Kemerdekaan Negara:Catatan Ringkas Mengenai Perjuangan Nasionalis-Kiri-Radikal

oleh Rizal ‘Syeikhryz’ Hamdan
30hb Ogos 2011

MUKADIMAH

Baru-baru ini, telah tercetus satu kontroversi berkenaan kebangkitan semula pengaruh komunisme di Malaysia. Penulis memerhatikan perkembangan ini semenjak daripada peristiwa Demonstrasi BERSIH 2.0 pada beberapa bulan terdahulu. Di antara taktik yang digunakan oleh regim pemerintah ialah dengan menuduh,tujuan penganjuran demonstrasi tersebut adalah untuk menghidupkan kembali pengaruh komunis dalam negara (penangkapan 6 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia di bawah Emergency Ordinance 1948). Hal yang sama turut terjadi beberapa hari yang lepas, apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu memberikan komen tentang peranan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan negara. Komen ini,seperti yang telah penulis jelaskan,mempunyai ‘beban sejarah’ dan ia pantas menjadi modal politik pihak Ethno-Nasionalis seperti Parti UMNO dan pertubuhan yang sealiran dengannya.

Selepas merenung kesemua hujah-hujah kedua-dua belah pihak,penulis berpendapat bahawa,kontroversi ini tercetus berikutan dokumentasi sejarah atau versi sejarah yang dipaparkan kepada masyarakat telah disunting,dibuang separuh,digelapkan setengah dan difokuskan segelintir sahaja. Apa yang penulis maksudkan ialah,pemaparan versi sejarah yang dipelajari masyarakat sejak zaman persekolahan sehingga dewasa ialah versi sejarah menurut perspektif regim penguasa. Sejarah yang ditonjolkan hanya memberikan ‘kredit’ perjuangan kemerdekaan kepada parti pemerintah sahaja. Sebaliknya, sejarah yang menonjolkan pihak lain sama ada dibuang sama sekali atau dikecilkan ‘kepentingannya’ sekadar menjadi pelengkap kronologi sesuatu peristiwa. Penulis berpendapat, ini merupakan perbuatan ‘menyimpangkan sejarah’ asal dengan tujuan politik. Tidak dinafikan, parti pemerintah harus dipuji kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan proses kemerdekaan Negara. Namun, perlu kita fahami bahawa, kemerdekaan itu bukan hanya ‘peristiwa sehari’ tetapi merupakan suatu proses yang panjang.

Perlu kita akui, sebelum kemunculan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/PEKEMBAR), terdapat banyak organisasi kiri (left leaning) yang telah merintiskan perjuangan kemerdekaan Negara. Ramai daripada kalangan kita yang terlupa tentang kewujudan organisasi seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin, Barisan Tani Semalaya (BATAS), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Aangkatan Pemuda Insaf (API), Gerakan Anak Muda (GERAM) dan beberapa pertubuhan lain yang turut serta menyumbang tenaga dan idea ke arah proses kemerdekaan Negara. Namun, disebabkan oleh sikap kita (regim penguasa) yang gemar memadamkan sejarah untuk membentuk ‘hegemoni’ dalam fikiran rakyat bahawa hanya parti pemerintah sahaja yang berjuang untuk merdeka, catatan sejarah negara ini dikesampingkan dan hanya menjadi ‘subaltern history’ yang berlegar untuk diselidik oleh mereka yang mengkaji sejarah mahupun politik Negara sahaja. Berdasarkan hal ini, penulis merasakan ‘sejarah perjuangan kemerdekaan negara’ harus diuruskan kembali agar diketahui oleh generasi muda.

PERINTIS AWAL PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Kesedaran politik di Malaysia agak lambat berbanding Negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Di Indonesia, pada tahun 1905 sudah terdapat organisasi politik awal seperti Sarekat Dagang Islam (Sebelum dijenamakan semula sebagai Sarekat Islam pada tahun 1912) untuk menjadi platform politik masyarakat peribumi yang dipimpin oleh pejuang terkenal seperti Hj Oemar Said Tjokrominoto dan Hj Agus Salim. Di Filipina pula, gerakan politik seperti La Liga Filipina dan Katipunan pada tahun 1892. Di Malaya (sebelum dikenali sebagai Malaysia pada tahun 1963), organisasi politik yang bersifat kebangsaan hanya timbul pada tahun 1938 (sebelum itu yang ada hanyalah organisasi yang bersifat parokial/kewilayahan) di bawah pimpinan pejuang yang bersifat anti-establishment dan anti feudal seperti Ibrahim Yaakob. Organisasi KMM dilihat begitu progresif dan mahukan perubahan yang radikal kepada nasib anak bangsa. Contoh yang dapat diberikan ialah penerbitan tulisan Ibrahim Yaakob hasil pengamatannya (observation) ke seluruh Negara yang bertajuk ‘Melihat Tanah Air’(1941). Tulisan ini merupakan antara percubaan pertama untuk menganalisis keadaan tanah air yang berada di bawah penjajahan Inggeris.

Penulis pasti tidak ramai daripada kalangan kita yang pernah mengetahui fakta ini selain mereka yang terlibat dalam pengajian politik atau sejarah Malaysia. Sebelum kemunculan Dato Onn Jaafar dalam aktivisme kemerdekaan Negara, kita sudah mempunyai ramai aktivis yang sudah terlibat aktif dalam menentang penjajah dan membangkitkan kesedaran rakyat akan penindasan dan kemunduran di tanah jajahan. Setiap hasil bumi Negara (pada tahap analisis periphery countries oleh penganalisis aliran Neo Marxis) akan diangkut ke Negara penjajah (pada tahap core countries). Pejuang-pejuang awal kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Hj Muhammad, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan lain-lain nasionalis kiri telah mula memahami kepentingan untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris.

SEJARAH YANG DIPENCILKAN

Mereka yang disebutkan di atas merupakan nasionalis kiri yang anti establishment anti kolonial. Mereka mengambil sikap tidak bekerjasama dengan penjajah, namun masih mengambil saluran demokrasi untuk mencapai tujuan dan hasrat perjuangan mereka. Hasilnya, pada 17 Oktober 1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) iaitu parti politik pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu pasca perang dunia kedua. Walaubagaimanapun, parti ini telah diharamkan pada 18 Jun 1948. Apa yang ingin penulis sampaikan ialah, PKMM merupakan parti politik pertama yang ditubuhkan dan tidak berbentuk militan berbanding Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada tahun 1930. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa PKM turut menyumbang kepada kemerdekaan Negara melalui 2 fasa perjuangan mereka.

1) Perjuangan menghalau penjajah Jepun melalui kerjasama sulit dengan British 2) Perjuangan anti kolonial menentang penjajah British.

Dua bentuk perjuangan yang dilaksanakan oleh PKM ini ‘membolehkan’ mereka menerima kredit memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Namun, setelah Tanah melayu mencapai kemerdekaan, perjuangan ideologi marxisme oleh PKM diteruskan ke atas kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atas anggapan kerajaan pimpinan Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merupakan ‘anak emas’ British dan hanya meneruskan dasar kapitalisme yang diasaskan oleh pihak kolonial. Walaubagaimanapun, ini merupakan suatu hal yang lain berikutan fasa perjuangan bersenjata yang melalui zaman yang berbeza. Apa yang penulis cuba tampilkan di sini ialah bagaimana PKM juga turut terlibat dalam usaha membebaskan Tanah Air daripada penjajahan British. Berikutan itu, mengapakah kita mahu menafikan sumbangan mereka? Di sinilah penulis menyatakan akibat daripada ‘beban sejarah’ yang dipikul oleh PKM sepanjang penentangannya ke atas pentadbiran Negara pasca merdeka menyebabkan mereka langsung tidak dicatatkan sebagai penyumbang tenaga dalam proses kemerdekaan Negara.

Ramai daripada kalangan kita yang hanya mengenali PKM sebagai sebuah organisasi militant yang dianggotai oleh etnik Cina sahaja, tetapi tidak berusaha memahami terdapat juga regimen dalam PKM yang dianggotai oleh etnik Melayu iaitu Regimen ke 10. Perlu penulis terangkan di sini bahawa kebanyakan ahli Regimen ke 10 PKM merupakan nasionalis kiri-Melayu yang terpaksa masuk ke hutan untuk menyertai perjuangan bersenjata PKM kerana diancam oleh pihak penjajah British. Perlu diingati, pada tahun 1948, pihak penjajah British telah menguatkuasakan Ordinan Darurat (kini peranannya diteruskan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) untuk menghapuskan kebangkitan nasionalisme Melayu yang dikepalai (spearheaded by) oleh pertubuhan-pertubuhan kiri di Tanah Melayu. Di antara pemimpin aliran nasionalis kiri yang dihumban ke penjara tanpa bicara adalah Ahmad Boestamam,Kamaruzaman Teh, Yahya Nasim dan beberapa tokoh kiri yang lain. Demi mengelakkan diri daripada turut sama ditahan tanpa bicara, terdapat sebilangan tokoh nasionalis kiri yang tiada pilihan lain selain menyertai PKM di hutan, ini termasuklah mereka-mereka seperti Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Musa Ahmad dan lain-lain.

Namun, ‘beban sejarah’ yang dipikul oleh PKM telah ‘mengelapkan’ sumbangan pejuang-pejuang nasionalis kiri ini daripada dipaparkan kepada masyarakat sebagai tokoh kemerdekaan. Mengapa kita perlu bimbang kepada komunisme yang sudah tersimpan dalam ‘arkib sejarah dunia’? Penulis berpendapat, komunisme masa kini hanyalah sebatas konsumerisme sahaja seperti pemakaian baju T berlambang bintang, Red Star, Sickle and Hammer serta imej tokoh-tokohnya seperti Che Guevara, Lenin, Mao dan lain-lain. Perlu kita fahami, semenjak penubuhan PKM pada tahun 1930 sehingga kini belum pernah terjadi revolusi proletar di Malaysia. Tanggapan bahawa perjuangan komunisme cuba dihidupkan kembali di Malaysia hanyalah telahan karut oleh mereka-mereka yang masih tersekat memorinya di zaman perang dingin (Cold War).

Penulis melihat catatan sejarah politik di Britain, para pemuka Irish Republican Army (IRA) seperti Jeneral Michael Collins (1890-1922) sendiri pun turut diiktiraf oleh pihak British sebagai wira tempatan Ireland selain daripada Eamon De Valera (1882-1975). Amerika Syarikat sendiri turut menghargai dan mengiktiraf pemimpin pemberontakan Chiricahua-Apache iaitu Geronimo (1829-1909) sebagai wira tempatan. Namun, mengapakah kita tidak pernah memberikan ‘kredit’ kepada pejuang-pejuang kiri yang turut sama berjuang untuk Negara? Berdasarkan hal ini, penulis merasakan kita perlu meluruskan kembali catatan sejarah bangsa dan Negara daripada terus diselewengkan demi kepentingan politik sesetengah pihak.

KESIMPULAN

292038_2369932928261_1248623042_2930481_7350434_n.jpgKeamanan dan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini bukan hanya hasil usaha sesetengah pihak sahaja, bahkan merupakan usaha kolektif yang membabitkan banyak ideologi dan aliran perjuangan. Kesilapan utama kita ialah sentiasa meminggirkan catatan sejarah Negara demi ‘meampilkan’ sesetengah pihak sahaja sebagai aktor utama kemerdekaan negara. Dalam sejarah Negara dan bangsa kita, ramai ‘wira-wira yang tidak didendang’ telah semakin dilupakan oleh rakyat. Hal ini berlaku bukan hanya kerana mereka malas untuk membaca atau mengkaji, tetapi kerana catatan sejarah telah ‘dibengkokkan’. Sempena perayaan kemerdekaan Malaysia yang ke 54 ini, penulis berharap agar kita kembali mengenang jasa-jasa kesemua pejuang Negara, bukan hanya jasa sesetengah pejuang sahaja. ‘Interaksi sejarah’ yang berlaku di masa silam perlu kembali diluruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih memahami dan meghargai ‘catatan sejarah’ Negara daripada perspektif yang pelbagai. Perbuatan ‘meminggirkan’ sejarah yang benar hanya menyebabkan terlahirnya generasi pelapis yang tidak progresif dan tidak kritis. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan Negara yang ke 54.

NOTA

Sila rujuk buku seperti Cheah Boon Kheng.1984. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After Japanese Occupation of Malaya 1941-1946, Filem 10 Tahun Sebelum Merdeka oleh Fahmi Reza dan lain-lain buku berkenaan perjuangan nasionalis kiri untuk penjelasan lanjut. Dicatat oleh Mat Amin pada 6:01 AM Pautan pada catatan ini Label: perjuangan kemerdekaan